Wednesday 13 June 2012

Collect hadiah saguhati Anakku Search - Pa & Ma

Assalamualaikum .

Yehaaaa contest lagi . Hehe , yang ni aku tak expect boleh menang sebab , contest Anakku ni sekali joint dalam Pa & Ma . Tau2 jelah kalau mag Pa & Ma , ramailah yang joint. Tapi tak salah mencuba .

Aku hantar je gambar Edel ikut syarat yang mereka nak . Lama dah , tak silap end of 2011 atau awal 2012 . Dalam bulan Feb 2012 kot pihak Pa & Ma call beritahu yang Edel salah seorang pemenang saguhati kategori  B ( ikut umur tak silap ). Alhamdulillah . Syukur .

Jadi hari ni adalah hari collection , pihak Anakku call minggu lepas suruh collect hadiah ni selepas 12 Jun di Butik Anakku The Curve . Masa pihak Anakku call aku leh blur-blur pulak sebab selalu yang call kan Pa & Ma bagitau mereka akan hubungi bila time collection ready . Pihak Anakku ye-ye tanya betul ke nama aku sekian sekian , nama anak aku sekian sekian.. aku pun ye kan . Pastu baru teringat , aku cakap ni yang dengan Pa & Ma ke ? yeee betul hehe.

Sangat busy hari ni jadi kitorang collect malam hari , dah lah siang tu dengar berita sedih sahabat lama kehilangan bayi yang dikandung 6 bulan . Sedihnya . Kejap-kejap aku yang bergenang . Semoga ko terus tabah ye Fizah !

Dalam perjalanan jalan jammed ya amat dari Ukay . Adehlah . perut dahlah keriuk-keriuk.. ko lapa memanjang kan Lien!

Parking kat IKEA sebab pastu nak gi tukar lampu aku beli yang rosak .

Sampai je butik Anakku , jakun sekejap , besarnya butik kat sini . Mereka dah siap packing hamper kemenangan dalam plastik besau .

Pastu kasi voucher lagi , bernilai RM200 .Yeehooo nanti nak beli baju puasa Edel .. hamper ni somel ! Edel teruja nampak patung Mickey dalam butik tu ..



Mummy Edel pon teroja jugek . Miahaha. Ni gambo sementara staff Anakku siap-siapkan voucher kitorang . Sempat je.

Alhamdulillah rezeki Edel .
RM200 soping untuk Edel

Tengok tu peluk terus !
Sibuklah dak comel tu nak pegang hamper ,  berat nak oiiii
Layankan jelah 

Papa bersabar dengan kerenah Edel . 

Masa terari-cari butik ni kan , Edel lalu kat tempat piano , dia kata nakkkk piano!!!
macam kat rumah Kak Umairah . Ya ampun *tepuk dahi* .. bukan murah Edel oit .

Sebab tak dapat piano tu , dia nak pegang hamper berat tu sendiri , hegeh-hegehlah bawak .
Mummy dengan Papa dahlah nak cepat , nak gi IKEA tukar lampu lagi , nak gi Kota Damansara collect Red Velvet Caramelo lagi , nak gi Serdang hantar ECPI lagi .. dahlah dah malam .. IKEA pun dah nak tutup.. pfffttt sabar jelah..
Makin besar ni makin cerdik , makin menghiburkan ,  rase nak picit-picit !

Tahniah Edel .. Edel murah rezeki ... Tapi hamper ni aku nak buat ape ? hehe simpan untuk adik Edel okeh . .

Terima kasih Allah .






Tuesday 12 June 2012

Pemenang Contest Majalah Apartment

Alhamdulillah .. rezeki untuk Edel . Aku adelah hantar gambar Edel untuk contest Ceria Bersama ZIP awal tahun 2012 . Pastu lupa dah .

Edel memang memberikan pose menarik masa ni.Sampai aku pulak yang penat jadi photog dia . Dia suruh aku snap-snap lagi.. hahaha.. saje suke-suke .

Masa event reunion sekolah kat KDE hari tu , kawan aku si Azrina Hafidz bagitau ada nampak gambar Edel dalam majalah Apartment . Dia kata satu muka gambar Edel . Wow ! Katanya keluaran April . Dia cakap nanti dia bagi pada aku . Masa tu bulan May . Aku macam ingat hmmm dah habis dah .. so dengan kondifen tak pergi mane-mane kedai buku / majalah pun cari . Semata-mata berharap pada Azrina . Azrina sms minta alamat nak poskan majalah tu . Aku x nak susahkan dia , lalu aku berjanji jumpa dia kat IKEA untuk aku ambil majalah tu . Tak sabar senanye . Thanx Azrina !



Dah puas-puas tatap gambar tu barang seminggu kot , baru aku call pihak Majalah Apartment untuk appointment collect hadiah . Jadi pada 6 Jun 2012 , kitorang pun pergilah ke Karangkraf . Cantik sangat opis Karangkraf yang baru ni. Nampak kellllasss.. tapi aku x sempat snap gambo . Sebab sangat pantas servis mereka dari receptionist sampailah ke wartawan yang incharge peraduan ni . Layanan mesra .
Sampai reception , mereka jemput naik ke tingkat atas department Majalah Apartment , katanya hadiah berat . Huhu .

Nak tau hadiah ape ?


Haaaa hambek ko , hamper barangan ZIP . Total semua ada 25 btol produk . Wallaweh ...
 jimat -jimat !

1 ) ZIP all purpose cleaner x 7
2)  ZIP multi purpose scouring powder x 6
3)  ZIP concentratedcream cleanser x 6
4)  ZIP dishwashing liquid x 4
5)  ZIP tolet bowl cleaner x 2

pastu aku bahagi-bahagi lah .. kasi family members , kasi kengkawan . satu rumah sebotol sudey ye.. jgn mintak lebih-lebih .

Nak tunjuk sikit gambar masa collect hadiah tu , nasib baik aku g dengan Papa Edel , dialah yg tolak troli , sebab wartawan tu pun pompuan ayu macam aku .. hehe..



Edel malu-malu tapi suka dapat hadiah ..

Pastu kan , yang kelakarnya , aku gi kedai majalah kat area rumah aku ni , berlambak ada majalah tu .. Majalah Apartment kan terbit setiap 3 bulan . So Edel punya ni keluar isu Apr 2012- Jun 2012 lah . Gigih aku gi ambik majalah orang . Hahaa.. btw , thanx to Majalah Apartment sebab pilih Edel sebagai pemenang ! Nanti kalau rajin kita join lagi ye ..
Siap wartawan tu pesan masa nak balik tu , keluaran baru Julai 2012 - Sept 2012 ada contest lagi .. jointlah.. hehe..InsyaAllah..

Alhamdulillah .


Thursday 7 June 2012

Bersederhanalah Dalam Semua Perkara

Tajuk serius  . Salah aku . Silap aku sendiri . Aku terlalu gembira . Ketawa beria-ia . Rasa lepas segala apa yang terbuku , tersekat , terpendam dengan ketawa yang dah lama tak aku lepas sebegitu . Dapat berjalan-jalan makan angin dengan keluarga dan bff tersayang . Tempat pula dengan cuaca sejuk yang benar-benar memaksimakan rasa teruja . Gembira bergurau senda dengan sahabat . Allah tarik sekejapan supaya aku beringat . Seumur hidup aku walau pernah dirompak , rumah dipecah masuk & pengalaman-pengalaman seumpama itu berlaku dalam hidupku , ini kali pertama aku kehilangan beg tangan yang berisi banyak barang berharga & dokumen penting aku . Dalam ramai-ramai tu , tiada seorang yang perasankan beg tangan aku sehingga hilang begitu saja . Aku cuai . Aku leka sebab terlalu suke. Kali terakhir aku nampak beg tu masa duduk rehat di tebing batu bersama semua . Bergurau di situ . Ketawa sampai keluar airmata . 10 minit selepas kami tinggalkan kawasan lepak tu , aku perasan aku tak pegang handbag tu . Aku sangka Papa Edel atau sahabat-sahabat sengaja ingin menyakat aku . Pergi ke tempat tu semula , memang dah takde . Aku terkilan sebab beg tu sendiri hadiah harijadi dari seorang teman mama sempena harijadi aku baru-baru ni , wallet yang aku sayang & bawa ke sana kemari pemberian kakak sahabat aku yang dibeli di Paris . Segala dokumen penting aku & anak ada dalam tu . Segala kad itu ini kad begitu kad begini ada dalam tu . Ini kali pertama aku hilang semua. Semua dokumen penting . Gelang mutiara pemberian sahabat aku ! Compact powder MAC yang aku jarang-jarang guna masih tebal pun dalam tu . produk-produk ECPI eye care yang customer order pun dalam tu . ECPI IQ Max Edel pun dalam tu . Handphone ada dua dalam tu . Kami try call dapat sampai jam 10 malam . Masih ringing . Merata kitorang cari , masuk keluar bilik cleaner yang kitorang syak ambil beg aku tu! Jumpa petugas sana sini , siap bergaduh dengan kumpulan tourist India yang sangat-sangat mencurigakan . Tapi masa aku susahhati  tu , Papa Edel dah tentulah orang yang sangat-sangat menolong & bertindak pantas buat report dgn pihak Genting .. suami Kak Hajar , suami Lily , Kak Hajar , Lily , Zira memang tak lepas tangan . Memang tak putus-putus tolong sama mencari beg aku . mencari kat semak-semak , mencari dalam tong sampah .. Call bertubi-tubi nombor handphone aku yang ada dalam beg tu . Tanya orang-orang sekitar situ . Tunggu aku walaupun aku dah cakap banyak kali , gi lah masuk themepark tu , tiket dah beli , bawa budak-budak gi main dulu , dorang tak berganjak . Tetap tunggu aku . Nak masuk sama-sama. Terharu aku .
Zira cakap dia dah terdetik dalam hati , masa mula-mula sampai Genting , kenapa aku bawak beg macam tu ? bahaya kan . Tapi dia x terluah . Cuma cakap dalam hati . Lily pun sama , dia tau aku selalu bawa beg besar & bertali - sling bag biasanya . Jarang-jarang aku nak pakai beg kecip & takde tali macam tu . Tulah aku pun x sangka . Mungkin sebab baru dapat beg tu , Hadiah harijadi .. sebab tu aku bawak kot.Lagipun ringan , kecil & boleh isi macam-macam benda . Banyaknya benda yang aku sayang dalam tu . yang aku simpan lama pemberian dari orang-orang tersayang .
Bila terjadi musibah begini , aku selalu terfikir , apa yang tak kena ? kali ni yang hilang hampir semuanya pembarian orang . Pemberian orang yang aku sayang , yang selalu dekat kat hati aku. Yang jauh-jauh mereka beli & beri pada aku . Kenapa hilang ?
Erghhhhh.. Papa Edel pun tergur tapi dalam hati je , aku nampak terlalu gembira tadi .. rupanya nak berduka selepas tu .
Banyaknya nak kena buat esok , JPN > bank-bank > JPJ > Insurans > Celcom .
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku . Semoga aku dapat kembali semua barang-barang kesayanganku kalau kami masih ada jodoh .
Aku sedar , bersederhanalah dalam bergembira .. dalam apa-apa pun kita mesti bersederhana .
Tak tahulah berapa lama baru aku boleh lupakan insiden ni .
Walau apapun jauh di sudut hati ini masih berharap beg , wallet , dokumen-dokumen aku tu dijumpai sesiapa , nanti polis hubungi beritahu, macam yang berlaku kat kawan aku Misha. Manelah tahu kan . Ada rezeki aku . Sayang sangat pemberian orang . Sentimental value tu ...

Sedih tapi tak menangis . Bersederhanalah dalam bersedih . Ada hikmahnya . Allah beri aku peringatan kecil .

29 May 2012 --- 07 Jun 2012

Wednesday 6 June 2012

Happy Birthday Yan !

Assalamualaikum.

Hari ni mak Yan celebrate birthday Yan yang ke - 30 di Restoran Citarasa Azizah Kajang .
Restoran milik keluarga Yan sendiri. Siapa Yan ? Yan ni kawan sekolah aku. Yang sama- sama buat event gathering sekolah menengah aku May lepas . Dia juga partner aku sekarang dalam bisnes baru kami iaitu Gemini Event & Services . Eceh sempat promot . Lama dah dia ajak aku buat event tapi aku macam M sikit . Tak yakin pun ada . Minat tu memang minat ! Dan setelah beberapa kawan rapat memberi pujian atas event- event yang aku pernah buat sebelum-sebelum ni ( eleh birthday party je pung ! ) Ada juga yang memberi galakan supaya aku menjalankan bisnes event so aku pun ON jelah!!
Kena plak Yan mengajak .. eh ko nak cite pasal ape ni senanye ni ?
Kalau dah membebel kemain nyimpang cite ko ye Lien ?

Ok ok .. ( selepas tampo-tampo pipi sendiri )

Yan cakap ni kira macam family dinner ,  aku pun alaaa malas ar nak join. Tapi Yan ajak . Dia suruh pakai lawa-lawa . Ajak sekali member lain  , member aku yang lepaking sama-sama masa Wedding Eris aritu . Sepatutnya Lily joint tapi dia tak berkesempatan . So Zira & bf je yang datang. Aku tengah siap-siap Yan dah call . Tak menyempat btl ar ko Yan . Sampai-sampai Yan dah terpacak bebel-bebel sikit . Semua tetamu dah sampai katenya. Hadoi.. malu den . Nasib baik Zira lambat sikit , so aku bukan yang terakhir.. hehe .. Masuk-masuk mak Yan kasi kertas bernombor . Aku no 20 , Papa Edel no 19 .
Ini adalah pertama kali aku bersua muka bersalam berborak sikit dengan Mak Yan . Walaupun kami agak rapat , tapi tak pernah terserempak . Kalau ada pun masa Wedding Yan dulu . Tu pon aku xtau mane satu mak Yan .
Mula-mula Mak yan selaku organiser memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan , bacaan doa then panggil Yan untuk potong kek .

bacaan doa

bday boy

bday boy with his mom

fuhhhhhhh
beria mak Yan tepuk tepuk

olololololo manje

family & friends

Jemput makan..

sedap-sedap belaka.. oh pecal kat hujung tu sedap sangat!
Kek Yan dah tua wui

Ini sedap ! Siap ku tapau bawak balik ..

Edel tidur .. nasib baik tak lama lepas tu dia bangun.

Edel syok makan fav dia.. sate .. sampai xnak pandang camera

posing hober
Haaa masa makan-makan .. sedap sungguh semua menu yang dihidangkan , ada nasi goreng , sate , pecal , pulut kuning .. sedap memang sedap. Siap tapau lagi ok.. 
Ada 5 hadiah untuk cabutan bertuah yang disediakan . Tapi ada syarat , setiap pemenang wajib nyanyi satu lagu karaoke. Hahaha.. nasib baik nombor aku x naik . Tapi nombor Papa Edel & Zira bertuah wohh... Tahniah Tahniah...Nyanyilah korang ye..

Zira meneman kakak tu nyanyi lagu Ombak Rindu

My family

my family with bday boy

adik Yan yang sangat comel .

gelak besar kene geletek

pemenang cabutan bertuah yang sgt sedap suaranya

papa Edel pun bertuah .. no 19 naik , sape menang kena karok dulu!

Yes dapat hadiah..

No Zira juga naik No 22 .. haha dia nak duet dgn bday boy

paduan suara mantap okeh

Zira x sia-sia ko dtg !

Sukalah papa nya melayan

taraaaa... hadiah lucky draw.. best !
Last sekali selepas ditapaukan pulut kuning , maka pulanglah kami dengan perut yang kenyang..Edel duk lah usung ke hulu ke hilir hadiah Papa Edel menang tu. Sampai rumah terus dia koyakkan wrapper dengan rakusnya .. taraaaaa... hadiah mangkuk berayun cantik ini. Terima kasih kat Mak Yan yang meraikan harijadi anaknya tu .

InsyaAllah akan ada majlis untuk kawan-kawan selepas ini.. Tunggu jemputan untuk kawan-kawan Yan nanti ok . Tema , tarikh & tempat dah ada..InsyaAllah .

Yan ,
happy birthday to u bro ! semoga dilimpahi rahmat Allah sentiasa . Thanx jemput aku ke majlis tertutup ko ni.. terharu mak . Hehehe..

-luvlylien-