Sunday, 26 February 2012

Motherhood Expo 2012

Motherhood Expo kali ni diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Bermula pada 24-26 Feb 2012.
Selalunya buat kat Mid Valley.Sebab dulu firstime kitorang pergi kat MidValley.
Kami pergi pada hari Ahad.Pagi jam 10am dah terpacak.Macam biasa expo mcm ni memang ramai Chinese.Kali ni takde pulak goodie bag, dia bg free gift la untuk sesiapa yang mendaftar.Dapatlah Shiltox Gel dgn beberapa produk lain.
Aku memang suka pergi exhibition macam ni sebab ada banyak booth yang terlibat menjalankan promosi barangan bayi dan ibu, ade diskaun dan hadiah percuma.
Terpaling best adalah stage activities .Biasanya mereka akan adakan stage xtvt untuk anak2 ni..
Hadiah pun boleh tahan bergantung pada penajalah.Kalau nak join stage xtvt ni kenalah mendaftar pagi2.Awal2 kena Q kat pendaftaran tu.Memang ramailah kebiasaannya.
Kali ni Edel join 1 je xtvt.Turn Edel jam 1.30 pm. Sebelum tu g ronda2 booth yang terlibat..g booth Pureen , staff kat situ tarik nak dapatkan nama & emeil kita.Isi je form tu then dia bagi goodies comel berisi botol2 kecil produk pureen (bedak, lotion, body syampu , hand sanitizer ).Suke!
Sementara tu di pentas ada ceramah
"Sucsessful Breastfeeding Talk Show" by Mom's Little Ones & Dynas Nursing Attire.
Speaker nya si pelakon cantik Dynas & pakar laktasi dari MLO.Memang aku suke dengar ceramah tentang susu ibu ni.
Antara tips yang mereka sampaikan yang melekat kat kepala aku adalah
" anak kambing minum susu kambing"
" anak lembu minum susu lembu"
" anak manusia minum susu manusia lah"
Yezaaaa...
Antara ilmu yang aku dapat lagi , bayi yang baru dilahirkan sewaktu umurnya 1 hari perutnya adalah sekecil guli , usia 7 hari baru sebesar bola golf  sebab tu bayi minum sikit tetapi kerap.Dan sebab tu jugalah susu ibu yang keluar pun sikit demi sedikit. Bukan susu tak cukup dan bukan bayi tu tak puas. 
Logik lah kan.kejadian Allah ni sangatlah teratur bukan?
Bayangkan kalau perut sekecil guli tu disumbat susu melambak-lambak ..ape jadi ye?
Elakkan mangajar bayi minum dengan puting pada permulaan kerana bayi akan keliru puting dan akan menolak puting ibu..cara lain selain direct feeding sebaiknya ajar suapkan bayi dengan sudu atau gelas kecil sedikit demi sedikit..supaya bayi boleh belajar minum.
Susu ibu selalunya cukup jika ibu terus menerus memberikan susu sendiri tanpa mencampur susu formula.Tak perlu top up dan jangan membuat andaian sendiri yang susu anda tidak cukup kerana susu ibu akan keluar jika adanya rangsangan hisapan daripada bayi. Semakin banyak hisapan semakin kilang pengeluaran susu akan membekalkan susu mencukupi.
Maksudnya kilang hasilkan susu mengikut permintaan lah.Kalau tiada hisapan camane kilang nak keluarkan susu..kalau automatik keluar je susu jadi ape pulak.Jadi suis nya ada pada anda dan bayi anda.
Aku memang sangat suka kempen susu ibu ni , sebab banyak sangat kebaikan .. sudah tentulah kejadian Allah tu yang terbaik.
Bukankah yang original lebih bagus dari yang tiruan ?
Jimat.
Hygene.( kalau susu botol kena pastikan botol BPA free , basuh kena bersih semua.. lecehhh)
Mudah ( selak je bg )
Eratkan hubungan bayi dan ibu.
Antibodi anak kuat ( jarang dijangkiti penyakit )
Tak perlu bancuh nak sukat 2 panas sejuk suam bagai kerana susu ibu sangatlah magic kerana bila bayi sejuk susu akan automatik lebih lemak , dan kalau bayi panas susu pulak automatik banyak air ..subhanallah..
Banyaklah lagi kebaikan susu ibu ni.
Dan Alhamdulillah aku masih menyusukan Edel sehingga sekarang , detik aku menulis ni usianya sudah
3tahun 2 bulan 10 hari.
Alhamdulillah..

Eh panjang pula celoteh pasal susu ibu ni..hehe..
Ha lepas dengar ceramah ni sudah tentulah klik klik dgn Dynas jap..haha memang setiap kali dgr talk dia haruslah klik klik.. tapi kali ni dia tak boleh dukung Edel.. Dynas mengandung yaw... comel je..Nah foto nye..memang lah aku yang ketara gemok dan comot ni..aiyooo


Huduh mukaku ade jerawat.

Tekun mendengar talk show 

Pastu aku jalan-jalan lagi tinjau booth tengok ape-ape yang best untuk dibeli.Kat booth Drypers lak ada puzzle game ..aku join lah tapi mase ni aku dengan Edel je , kamera kat Papa Edel makanya takdelah gambar.Kena pasang Puzzle beso tu dalam masa 30 saat. Aku ? 1 minit 33 saat. Ape punye lembs laaa.Tapi dapat jugak hadiah beg serbaguna kaler pink Drypers..hehe best2..pastu aweks jaga drypers tu suruh aku g kat Libresse nye kaunter sebelah dia untuk ambil sample pad..hehe..best lagi.Lepas ambik pad kene cop kat tangan supaya ko jangan ngengada nak ambil sample byk2 kali.Banyak cantek! Sorang 1 je.

12.45pm :
Edel da standby tuk join contest xtvt. Trunki Race by Bloom and Grow.
Apekebenda nya tu? masuk jelah sebab masa daftar nama tu , organizer bgtau tu je xtvt yang ada tuk 3-4 years.Yang lain dah penuh! Dan ade some xtvts kena tunggu depan stage nanti dorang akan umum untuk panggil naik pentas macam tu..Sebelum start race edel sempat bergambo dgn maskot Nestle.

kurang keseyuman sebab baru lepas marah budak lain yang nak bergambo jugak


Hehe Edel memang garang sikit..tgk tu orang nak berkawan dia pulak ... ?
dileraikan oleh abang yang prihatin
Muka tak puas hati Edel


inilah trunki nye..Edel test2 dulu..senyum dah dia..dia ingat nak menang nak dapat trunki ni..dia nak kaler yellow..ulang2 cakap kat Mummy..


test lagi..


Edel berpeluang test drive trunki sebelum race. Adelah dia terjongkang tapi sempat brek... Edel cakap Edel nak kaler kuning tu kan.. aku pun bagilah semangat , kalau nak kaler kuning tu kena menang dulu.Kena laju-laju sampai kat Papa Edel seberang sana.. Edel angguk-angguk , muka penuh kondifen faham.
Masa race Edel bersaing dgn seorang kanak2 kecil sikit daripada Edel & sorang lagi boy besar sikit dari Edel.. Edel dapat No 2 sekaligus gagal melayakkan diri ke peringkat final.
Papa Edel yang sambut Edel kat seberang pentas tu dukung Edel .. sampai kat aku , Papa Edel bgtau Edel nanges...Alahaiiiiiii.. Edel dah faham erti kecewa bila gagal.Sedih tengok dia.Lagi kita pujuk lagi sayu hati dia.
Lalu , kami pun cecepat bawa Edel beredar dari pentas tu..nak pujuk dia.. bawak g makan & beli tiket promosi masuk Aquria terus. Sebab dekat je kan.. jalan kaki tak sempat bepeluh tihak dah sampai
( memanglah tak bpeluh sebab dalam aircond )
Nanti-nanti sambung citer Aquria.. best tu..
Daaaaa...

Saturday, 11 February 2012

Pertama kali Edel inshing di toilet

Tahniah sayang ,
Masa Edel main-main tolong menyibuk kemas sepit rambut Edel dgn Mummy ptg semalam , tiba-tiba Edel menjerit " Edel nak inshing"!
Seakan melompat Edel masa tu , Mummy terus suruh Edel masuk toilet , tapi sebab panik kot dari bilik Edel tu Edel berlari ke hall rumah cari Papa.
Papa suruh Edel masuk toilet , Papa pun berlari jugak.Masa tu terdetik kat hati Mummy - kali ni mesti betul-betul Edel dapat inshing dalam toilet.
Mummy teruskan kemas sepit rambut Edel dalam bilik.Biar Papa Edel layankan Edel inshing.Mummy dah banyak kali Edel 'tipu'  sebelum sebelum ni kata nak inshing tapi bila sampai toilet , tunggu2 takde..Edel sengeh-sengeh je.Last-last basah karpet , langsir , lantai..Sabar jelah!
Dari dalam bilik Edel tu Mummy dengar Papa bg semangat utk Edel inshing "shhhhhhhhh shiiiiiiiii"
Pastu Edel cakap " Edel nak pakai pempes" .
Papa terus bg semangat.Beberapa saat pastu Papa tepuk tangan.Gembira!
Yeahhh Edel inshing jugak dalam toilet.Dia cakap nak pakai pempes then berjaya inshing.Maybe dah terbiasa sangat pakai pampes jadi dia rasa janggal inshing cangkung dalam toilet macam tu.
Itulah jadi mak bapak .. anak berjaya kencing dalam toilet pun happy.
1st time kot.
Indah perasaan sbg ibu sebagai bapa.Indah.Alhamdulillah.
Pastu Edel da berangan dah.Nak keluar ni , dia pakai baju seluar sendiri lepas mandi pastu cakap "takyah pakai pampes lah" 
Hamboi kemain.. hehe nnt dulu ye sayang , dah terror nanti baru boleh.

Nota : Edel berusia 3tahun 1 bulan 24 hari semalam- pertama kali inshing kat toilet.

Wednesday, 8 February 2012

Wordless Wednesday


                                     Baru ku tau belimbing buluh ada bunga yang sangat cantek!

Monday, 6 February 2012

Khazanah Warisan Rahman Tembak
















Ini sebahagian warisan peninggalan Rahman Tembak.
Siapa Rahman Tembak ?
Atuk saya di sebelah ibu.
Saya & adik saya dilahirkan secara normal kat rumah ni.Takde sepital-sepital.
Inilah kampung saya .
Katmana ?
Kat Johor.
;p

Friday, 3 February 2012

Happy 4th Anniversary FnF.













Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah 
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.


Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.


Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.




Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.




Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.




Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jaikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.


Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Amiin…

Wednesday, 1 February 2012

Memancing XTVT baru Adelya

Family ku terdiri dari kaki pancing.Nak ikutkan Papa Edel pun amatlah suka memancing.Tapi he control himself dari menjebakkan diri dari layan sangat , ade yang tak balik rumah kang.Kan bila orang dah gila sangat memancing ni..haaaa lain mcm penangan gian nye kan.Last weekend malam minggu ade ku update pasal dorang g mancing kat Bukit Antarabangsa je..tak puas tuuuu..esoknya iaitu hari Ahad sambung lagi.Kali ni aku kena paksa ikut gak.Konon nak g mandi sungai sekali lah plan nya..
Adik ku bawak kami g Sungai Tekala , Hulu Langat.Lama nya tak jejak kaki ke Langat ni..Sebelum sampai Langat , singgah sebentar di kilang roti kat Taman Tasik beli umpan . 2 GUNI ok! Gila kentang.. seguni RM2 je..murah kan..Dalam 3 pm kot sampai sana , adik tanya nak mancing or mandi dulu , aku yang kebulur jawab , makan duluwwww..wakakkaa..
So , adik terus bawak g tempat mancing tu , ade tempat makan sekali..huhhhh lapoooo..
baru sampai destinasi , Edel tido time ni..nampak 2 guni tu..haaaaa
tengok muke tak semenggah Edel bgn tido..sentil!
Nenek pimpin Edel ..
Edel dengan Mee Goreng fav dia

Timun pun fav Edel ..gudgirl!


Ok jugaklah makan kat sini , ada nasi campur dan masakan panas,boleh tahan juga rasa masakannya.Ke sebab kitorang sume lapar.Hehe..Adik aku macam dah biasa je kat sini , siap tau nama penjaga resort ni ..Memancing kat sini bayarannya RM10 seorang / 1 joran selama sukati ko nak berapa jam.Buka jam 10 am tak silap aku dan tutup jam 9 pm. Ada chalet jugak.Kemudahan asas macam surau , tandas semua ada kat sini , kira oklah.Tempat pun selesa.Aman damai tenang je..Huarghhh dah kenyang mulalah mengantuk kan.Alaaaa tikar tak bawak , kalau tak boleh aku melingkau macam ular sawa kat sini..muahaha..
Edel exited ok..dia pandai gulung tali pancing tau , baru belajar semalam nye, sendiri bikin , takde sape ajar dia.
Dia tgk orang buat , dia pun nak buat.Macam pro je..tak kekok langsung ..ni gambo ala-ala model pancing dia..
Comey tak ? Pancing beratlahhhh Mummy..

Haaaa..kamera tak kubawak hari tu , pakai jelah kamera hengpong..asalkan ade gambo buat kenangan..best jugak tempat ni , lainkali dtg aku bawak tikar..nak landing tido lagi best.Eh ko! Tu jela ko tau..membute je! Bebel mama aku kepada aku nanti..hehehe..biarlah aku membuta dari memancing , boring lahhh..tunggu lama-lama baru dapat ikan.tu pon kalau dapat..Sukati koranglah..nak mancing , aku belom terbukak hati nak minat memancing.Aku pasan kat FB ramai dah kawan-kawan se 3 series dgn aku g mancing.Macam orang tua ah..kikikik..jangan marah wehh..bagus korang g mancing ikan dari mancing pompuan kan..bg yg dah berkahwinlah..yang lom kain sukatilah korang nak pancing ape..ade mak kesah?
Dari aku melalut ke laut baik layan gambo..hari tu aku jadi official photog ..layannnn
dalam seguni ada ini..wahhhh meriahhhh 

adik aku intan payung aku gak nih aka Latip #2.

serikandi cinta aku bergurau senda

semua bz termasuk si kecil tu

baling roti sampai lebam

huihhhh muncung Edel macam ye je..

pose manjer mereka berdua 
Kan aku ade mentioned b4 ni yang Edel gulung tali pancing ala2 pro..haaa ni video nye..
video
Haaaa terkujat gak Mummy memula tengok..pandai Edel ye..memula slow pastu lajuuuuuu..hehehe..
Petang tu hujan , nasib baik port kami cantik , ada atap.. takdelah kena hujan..mmg rugi ar tak bawak tikar..dengan angin sejuk , tenang , damai..pergh,...tunggu punya tunggu sambil Edel repeat pit pit makan mee goreng , snap sane snap sini.. akhirnya , pancing Papa Edel mengena..berlari Pak Usu Edel g kat pancing tu sebab jauh sikit Papa Edel pacak.Dapat ikan lampam tuu..time nak tangkap gambo , Papa Edel yang pegang ikan tu tergolek sebab licin..wahahhaha..nasib slow motion jatuhnya..terus Edel cuak , dia ingat ikan tu buat Papa dia jatuh..hmmmm..Edell..Edell..

Kami bertiga 

SAYANG.

bagus papa suapkan Edel , leh Mummy rilek2..

elelelele..wat muke , ingat comel? mmg comel ok..

haaaa tu diaaa ikannn

Ocopot terlepas plak..ni Papa Edel baru lepas tergolek nih

Tengok Edel seriauuu je


Dah nak senja , jomlah balik oiiii..sementara aku duk menunggu dorang puas-puas mancing tu , aku layan Edel bg ikan makan , bukak sume bungkusan roti & kek expired 2 guni tu baling2 dalam air..Suke Edel..Haishhh
udang-udang kecil makan roti yang Edel baling

Haruslah bergambo sebelum balik
hampir sekilo steng
Dah timbang  , kena bayar RM5 jer..kakak tu kasi diskaun..huhehe..macehh..rasenya akan datang lagi kat sini kot ..yang penting bawak tikar..huhuhu..

Tempat : SUKIDA RESORT HULU LANGAT