Wednesday, 6 June 2012

Happy Birthday Yan !

Assalamualaikum.

Hari ni mak Yan celebrate birthday Yan yang ke - 30 di Restoran Citarasa Azizah Kajang .
Restoran milik keluarga Yan sendiri. Siapa Yan ? Yan ni kawan sekolah aku. Yang sama- sama buat event gathering sekolah menengah aku May lepas . Dia juga partner aku sekarang dalam bisnes baru kami iaitu Gemini Event & Services . Eceh sempat promot . Lama dah dia ajak aku buat event tapi aku macam M sikit . Tak yakin pun ada . Minat tu memang minat ! Dan setelah beberapa kawan rapat memberi pujian atas event- event yang aku pernah buat sebelum-sebelum ni ( eleh birthday party je pung ! ) Ada juga yang memberi galakan supaya aku menjalankan bisnes event so aku pun ON jelah!!
Kena plak Yan mengajak .. eh ko nak cite pasal ape ni senanye ni ?
Kalau dah membebel kemain nyimpang cite ko ye Lien ?

Ok ok .. ( selepas tampo-tampo pipi sendiri )

Yan cakap ni kira macam family dinner ,  aku pun alaaa malas ar nak join. Tapi Yan ajak . Dia suruh pakai lawa-lawa . Ajak sekali member lain  , member aku yang lepaking sama-sama masa Wedding Eris aritu . Sepatutnya Lily joint tapi dia tak berkesempatan . So Zira & bf je yang datang. Aku tengah siap-siap Yan dah call . Tak menyempat btl ar ko Yan . Sampai-sampai Yan dah terpacak bebel-bebel sikit . Semua tetamu dah sampai katenya. Hadoi.. malu den . Nasib baik Zira lambat sikit , so aku bukan yang terakhir.. hehe .. Masuk-masuk mak Yan kasi kertas bernombor . Aku no 20 , Papa Edel no 19 .
Ini adalah pertama kali aku bersua muka bersalam berborak sikit dengan Mak Yan . Walaupun kami agak rapat , tapi tak pernah terserempak . Kalau ada pun masa Wedding Yan dulu . Tu pon aku xtau mane satu mak Yan .
Mula-mula Mak yan selaku organiser memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan , bacaan doa then panggil Yan untuk potong kek .

bacaan doa

bday boy

bday boy with his mom

fuhhhhhhh
beria mak Yan tepuk tepuk

olololololo manje

family & friends

Jemput makan..

sedap-sedap belaka.. oh pecal kat hujung tu sedap sangat!
Kek Yan dah tua wui

Ini sedap ! Siap ku tapau bawak balik ..

Edel tidur .. nasib baik tak lama lepas tu dia bangun.

Edel syok makan fav dia.. sate .. sampai xnak pandang camera

posing hober
Haaa masa makan-makan .. sedap sungguh semua menu yang dihidangkan , ada nasi goreng , sate , pecal , pulut kuning .. sedap memang sedap. Siap tapau lagi ok.. 
Ada 5 hadiah untuk cabutan bertuah yang disediakan . Tapi ada syarat , setiap pemenang wajib nyanyi satu lagu karaoke. Hahaha.. nasib baik nombor aku x naik . Tapi nombor Papa Edel & Zira bertuah wohh... Tahniah Tahniah...Nyanyilah korang ye..

Zira meneman kakak tu nyanyi lagu Ombak Rindu

My family

my family with bday boy

adik Yan yang sangat comel .

gelak besar kene geletek

pemenang cabutan bertuah yang sgt sedap suaranya

papa Edel pun bertuah .. no 19 naik , sape menang kena karok dulu!

Yes dapat hadiah..

No Zira juga naik No 22 .. haha dia nak duet dgn bday boy

paduan suara mantap okeh

Zira x sia-sia ko dtg !

Sukalah papa nya melayan

taraaaa... hadiah lucky draw.. best !
Last sekali selepas ditapaukan pulut kuning , maka pulanglah kami dengan perut yang kenyang..Edel duk lah usung ke hulu ke hilir hadiah Papa Edel menang tu. Sampai rumah terus dia koyakkan wrapper dengan rakusnya .. taraaaaa... hadiah mangkuk berayun cantik ini. Terima kasih kat Mak Yan yang meraikan harijadi anaknya tu .

InsyaAllah akan ada majlis untuk kawan-kawan selepas ini.. Tunggu jemputan untuk kawan-kawan Yan nanti ok . Tema , tarikh & tempat dah ada..InsyaAllah .

Yan ,
happy birthday to u bro ! semoga dilimpahi rahmat Allah sentiasa . Thanx jemput aku ke majlis tertutup ko ni.. terharu mak . Hehehe..

-luvlylien-



1 comment:

  1. perghhh..tak menahan tgk gamba makanan hokeyyy..!!!

    ReplyDelete