Showing posts with label MIMPI dan KEMATIAN. Show all posts
Showing posts with label MIMPI dan KEMATIAN. Show all posts

Monday, 16 April 2012

Al-Fatihah buat saudara kami

Alfatihah buat Allahyarham Ibrahim Bin Othman yang meninggal dunia pada 2 April 2012 akibat kemalangan jalanraya kira-kira 2minggu sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.
Arwah merupakan biras kepada sepupuku yang tinggal di Muar,Johor (kampung ku).
Aku dan keluarga yang kebetulan berada di kampung masa tu , sempat menjenguk arwah di Hospital Muar.Pada waktu itu arwah dalam keadaan sedar dan sebelah muka nya kelihatan bengkak difahamkan arwah mengalami kecederaan parah dalaman.
Semoga roh arwah tenang di sana..
AlFatihah..

*Entry lepas ada cerita tentang mimpi suamiku lagi.
Hari ni Papa Edel mimpi lagi ..dia kata dia mimpi tangkap ikan keli besarrr besarrrr... Wallahualam.

Monday, 26 March 2012

Mimpi ikan banyak

Salam ,
Entry lepas yang ku tulis pada 15Mac Mimpi duit banyak tu last sekali cerita dalam entry tu Papa Edel mimpi ikan banyak kan..Selepas entry tu ditulis , Papa Edel dapat tau yang kenalannya meninggal dunia.Arwah ni sudah lama meayau-rayau sendiri akibat sakit mental.Dengar cerita arwah mati dilanggar ketika merayau-rayau..
Al-Fatihah.

Dan semalam Papa Edel bagitau yang dia mimpi lagi , ikan yang banyak.Tapi dapat udang yang banyak..
hmmmmm.mulalah aku seriau..harap-harap takde ape lah...

Thursday, 15 March 2012

Mimpi duit banyak

Seperti entry yang lepas berkenaan mimpi Papa Edel , ada lagi mimpi-mimpinya.
Bulan Feb 2012 Papa Edel mimpi duit banyak.Dalam bulan tu adalah 2x dia mimpi.
Macam biasa setiap kali dia mimpi , aku hmmmmm kan aje.Dalam hati tu sedikit terdetik "siapa pula kali ni"
Masa berlalu , hampir 2minggu selepas mimpi tu , kami dapat call dari Dila ( adik Papa Edel ) mengatakan bapa mertua Kak Ayue meninggal dunia. 
Bila dapat je berita tu , Papa Edel pun cakap kat Mummy , " ingat tak hari tu abang mimpi ? "
Ye ingat bang..lebih kurang 2minggu lepas.
Tapi abang mimpi 2x.
2 hari selepas tu , Papa Edel dapat berita kematian lagi . Kali ni kawan lamanya , dengar khabar kemalangan & koma seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Innalillah hi wainna illa hi rajiunn..
Al Fatihah
Minggu ni Papa Edel mimpi ikan pula , kali ni dalam mimpi tu dia memancing dengan Mama , cikgu sekolah & kawan sekolah dia di suatu tempat yang dia tahu sekitar UPM.
Wallahualam.


Friday, 27 January 2012

Mimpi Ikan & Duit Kaitan Kematian ?


Salam Jumaat ,
Hari ni aku nak share tentang pengalaman suami aku sendiri yang dah sekian lama "menghidap" penyakit mimpi ni.Dulu dia cerita aku tak berapa nak pot .Macam alaaa kebetulan je kot, takde papelah. Ape yang dia "hidap" ye ? Macam ni .. dia selalu tak selalu lah mimpi IKAN atau DUIT . Dan setiap kali dia mimpi perkara-perkara tersebut mesti ada orang di kalangan kenalan , keluarga , mak kepada kawan ke , kawan kepada aku ke , atau sesiapa yang ade link dengan dia meninggal dunia..
Mula-mula dia perasan mimpi ni masa arwah nenek dia meninggal , kemudian arwah mak dia meninggal..Dia sedar mimpi ni seolah petanda ada kematian masa arwah pakciknya yang paling rapat meninggal.Masa ni dia mimpi duit..duit tu ada baaanyaakkk dan dia kutip-kutip duit tu sampai bila sedar dari tidur pun dia genggam tangan seolah genggam duit, masa ni lah dia sedar yang setiap kali mimpi tangkap ikan banyak-banyak dan kutip duit ada kematian...
Masa dah bersama aku , dia mimpi je dia akan bgtau aku ..
orang pertama yang aku perasan meninggal selepas dia cerita tentang mimpi dia adalah kawan sekolah aku kat Samten dulu iaitu Fazlina Othman , kemudian mak kepada sahabat aku Mazrini , atuk aku dan beberapa orang lagi.
Paling terpahat di ingatanku, tahun lepas , dia mimpi dia tangkap ikan laga yang sangat cantik , dalam seminggu tiada berita kematian , selepas tu Abah mertuaku bgtau seorang makcik sebelah suami aku meninggal dalam kemalangan dasyat dan koma selama seminggu.Kaitan dengan mimpi itu , arwah makcik tu CANTIK orangnya.
Baru-baru ini dia mimpi 2 kali.Mimpi ikan di kampung.. tak lama lepas tu dapat tahu mak kepada kawan sepupuku meninggal di Melaka , dah dapat tahu seorang yang meninggal jadi kami ikut tertanya-tanya siapa sorang lagi ? Malam kami tertanya-tanya tu tapi taklah mengharap kematian sesiapa ( jangan salah faham ye)..Malam tu jumpa lah seorang customer suamiku ni.Dia memang regular customer kedai kami , berbangsa Cina bgtau yang dia baru balik dari kampungnya di Singapore kerana ibunya baru saja meninggal dunia!!!
Aku yang selalu mendengar cerita mimpi suami aku jadi tertanya-tanya..kenapa terlalu kerap benda ni berlaku ?
WallahuAlam..
Hari ni aku kongsikan cerita mimpi yang mungkin bagi sesetengah orang mengarut ( aku pun fikir macam tu pada mulanya ) sebab hari ni suamiku mimpi lagi..
Dalam mimpi nya ada Edel ..tu je aku dengar pastu aku dah buat-buat pekak sebab kadang-kadang perasaan takut tu menular..
nanti aku tanya dia semula keseluruhan mimpi tadi yang dia ingat..
Ya Allah aku mohon tiada yang buruk berlaku sekeliling keluarga ku , sahabat-sahabatku dan kenalan ku semua..Lindungilah kami Ya Allah..
Jika ada sesiapa yang ada pendapat mengenai 'anugerah' aneh ini sudilah kiranya berkongsi pendapat denganku.Bukan maksud aku percaya pada mimpi , tidak , cuma perkara ni seringkali berulang..buat aku tertanya-tanya je.