Tajuk serius . Salah aku . Silap aku sendiri . Aku terlalu gembira . Ketawa beria-ia . Rasa lepas segala apa yang terbuku , tersekat , terpendam dengan ketawa yang dah lama tak aku lepas sebegitu . Dapat berjalan-jalan makan angin dengan keluarga dan bff tersayang . Tempat pula dengan cuaca sejuk yang benar-benar memaksimakan rasa teruja . Gembira bergurau senda dengan sahabat . Allah tarik sekejapan supaya aku beringat . Seumur hidup aku walau pernah dirompak , rumah dipecah masuk & pengalaman-pengalaman seumpama itu berlaku dalam hidupku , ini kali pertama aku kehilangan beg tangan yang berisi banyak barang berharga & dokumen penting aku . Dalam ramai-ramai tu , tiada seorang yang perasankan beg tangan aku sehingga hilang begitu saja . Aku cuai . Aku leka sebab terlalu suke. Kali terakhir aku nampak beg tu masa duduk rehat di tebing batu bersama semua . Bergurau di situ . Ketawa sampai keluar airmata . 10 minit selepas kami tinggalkan kawasan lepak tu , aku perasan aku tak pegang handbag tu . Aku sangka Papa Edel atau sahabat-sahabat sengaja ingin menyakat aku . Pergi ke tempat tu semula , memang dah takde . Aku terkilan sebab beg tu sendiri hadiah harijadi dari seorang teman mama sempena harijadi aku baru-baru ni , wallet yang aku sayang & bawa ke sana kemari pemberian kakak sahabat aku yang dibeli di Paris . Segala dokumen penting aku & anak ada dalam tu . Segala kad itu ini kad begitu kad begini ada dalam tu . Ini kali pertama aku hilang semua. Semua dokumen penting . Gelang mutiara pemberian sahabat aku ! Compact powder MAC yang aku jarang-jarang guna masih tebal pun dalam tu . produk-produk ECPI eye care yang customer order pun dalam tu . ECPI IQ Max Edel pun dalam tu . Handphone ada dua dalam tu . Kami try call dapat sampai jam 10 malam . Masih ringing . Merata kitorang cari , masuk keluar bilik cleaner yang kitorang syak ambil beg aku tu! Jumpa petugas sana sini , siap bergaduh dengan kumpulan tourist India yang sangat-sangat mencurigakan . Tapi masa aku susahhati tu , Papa Edel dah tentulah orang yang sangat-sangat menolong & bertindak pantas buat report dgn pihak Genting .. suami Kak Hajar , suami Lily , Kak Hajar , Lily , Zira memang tak lepas tangan . Memang tak putus-putus tolong sama mencari beg aku . mencari kat semak-semak , mencari dalam tong sampah .. Call bertubi-tubi nombor handphone aku yang ada dalam beg tu . Tanya orang-orang sekitar situ . Tunggu aku walaupun aku dah cakap banyak kali , gi lah masuk themepark tu , tiket dah beli , bawa budak-budak gi main dulu , dorang tak berganjak . Tetap tunggu aku . Nak masuk sama-sama. Terharu aku .
Zira cakap dia dah terdetik dalam hati , masa mula-mula sampai Genting , kenapa aku bawak beg macam tu ? bahaya kan . Tapi dia x terluah . Cuma cakap dalam hati . Lily pun sama , dia tau aku selalu bawa beg besar & bertali - sling bag biasanya . Jarang-jarang aku nak pakai beg kecip & takde tali macam tu . Tulah aku pun x sangka . Mungkin sebab baru dapat beg tu , Hadiah harijadi .. sebab tu aku bawak kot.Lagipun ringan , kecil & boleh isi macam-macam benda . Banyaknya benda yang aku sayang dalam tu . yang aku simpan lama pemberian dari orang-orang tersayang .
Bila terjadi musibah begini , aku selalu terfikir , apa yang tak kena ? kali ni yang hilang hampir semuanya pembarian orang . Pemberian orang yang aku sayang , yang selalu dekat kat hati aku. Yang jauh-jauh mereka beli & beri pada aku . Kenapa hilang ?
Erghhhhh.. Papa Edel pun tergur tapi dalam hati je , aku nampak terlalu gembira tadi .. rupanya nak berduka selepas tu .
Banyaknya nak kena buat esok , JPN > bank-bank > JPJ > Insurans > Celcom .
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku . Semoga aku dapat kembali semua barang-barang kesayanganku kalau kami masih ada jodoh .
Aku sedar , bersederhanalah dalam bergembira .. dalam apa-apa pun kita mesti bersederhana .
Tak tahulah berapa lama baru aku boleh lupakan insiden ni .
Walau apapun jauh di sudut hati ini masih berharap beg , wallet , dokumen-dokumen aku tu dijumpai sesiapa , nanti polis hubungi beritahu, macam yang berlaku kat kawan aku Misha. Manelah tahu kan . Ada rezeki aku . Sayang sangat pemberian orang . Sentimental value tu ...
Sedih tapi tak menangis . Bersederhanalah dalam bersedih . Ada hikmahnya . Allah beri aku peringatan kecil .
|
29 May 2012 --- 07 Jun 2012 |
be strong dear..ade hikmah Allah menduga ko camtuh..hopefully dpt semula walupun cam payah..pray for u dear..:D
ReplyDeleteinsyallah.. moga tabah.. harap ada insan yg mulia kembalikan semula barang tue.
ReplyDeleteThanx ayang and aliaa ,
ReplyDeletedoa kamu berdua makbul...
beg tu dapat balik ! walaupun bukan semua barang dapat tapi tetap syukur sebab x payah buat ic , lesen dan segala kad tu ...