Showing posts with label GathSMKTS. Show all posts
Showing posts with label GathSMKTS. Show all posts

Friday, 18 May 2012

SMKTS Gathering Dinner | Rumah kecilku dah jadi gudang

Hehehe.. tajuk macam saspen . Betul . Rumah aku kecip je . Sekali barang semua humban kat rumah kecip aku . Betapa murah rezeki event ni banyak sponsor dari syarikat luar . Berkotak -kotak .
Mase duk diam-diam dalam kotak ok lagi . Bila dah punggah keluar ,nak wraplah , nak buat hamperlah..goodie baglah .. haaaaa rumah pun tunggang langgang .
Tak dan nak kemas pun. Biar jelah .Kemas camane , penuh dah hampir seluruh ruang depan ni.
1st 70bag je . Sekali dekat lasmenet kena add lagi dekat 30 bag. Nasib baik lah almost 100 paxs adult je buatnya yang attend 200 paxs .?
Phewwww...
Ok ni bukti-bukti nya.. sampai lah pada hari kejadian masa nak loading . Oh ye umah aku apatment. Takde siapa tolong bawak turun dari rumah aku ke kerendaan ke KDE , nasib baiklah Papa Edel tolong angkat semua tu 2 kali sesi trip . Pertama malam sebelum event iaitu Jumaat malam Sabtu , angkat yang kotak2 dulu . Esoknya baru dia angkat semua sekali bawak turun . almost 20 kali troli turun naik turun naik . Boleh plak malam tu hujan lebat . Aduiyai , aku hanya mampu berdoa je supaya air tak masuk kat kanvas yang menutupi barang2 event .
Seb baik ok . Barang semua selamat .






Ni semua antara gambar-gambar yang aku sempat snap . Yan ade datang sekali tolong wrap . . Nasib baiklah anak aku bukan jenis tangan mengakas .. sikitpun dia x usik semua barang-barang ni .. cuma dia tanya-tanya je .. Mummy ni sape punye ? merujuk kotak-kotak hadiah .. aku jawablah .. kawan Mummy punye..
Sampai kat KDE , nasib baiklah Sazli dah sampai dulu . Dahlah jalan jem menggila , lapar plak tu , hujan plak tu .. lepas tapau McD kitorang patah balik cari hiway kasi cepat sikit sampai . Sampai KDE Sazli tengah baca tentatif , tgh hilight part job dia malam nanti , pastu dia tolong loading barang-barang semua .. dan Rini & suami pun sampai . Tolong sekali loading barang . Nah tengok gambar lagi..



Nasib baik ade abang-abang macho ni tolong kan. Terima kasih yek . Ape yang penting ??? haaaaa jawab sendiri..


Tata.

SMKTS Gathering Dinner | Button Batch punye cerita

Gatehring Dinner SMKTS yang dirancang dari awal Yan dah plan nak semua yang hadir dipakaikan button batch.

Objektif pemakaian button batch :

1) Untuk mengimbas kenangan zaman sekolah pakai tag nama.

2) Untuk kawan-kawan yang dah nyanyuk lupa nama kawan-kawan zaman sekolah senang nak     manggil , errrr sape nama dia yek , jelim je button batch tu.. ohhhhh liennn .. oh .. hafiz ... oh..Eddy.. oh Rini.. Ohhhh muke ingat namanye agak kabur-kabur sikit , bacalah kat button batch tu.gitewwwwww...

3) Untuk memudahkan proses voting ..sebab dulu kan mase reunion tahun 2004 , ade sekumpulan table chinese ni , panggil aku , dorang panggil aku semata-mata nak tanya nama aku . Nak isi dalam kertas vote. Ekekeke. So , kali ni takyah lah jadi macam tu lagi bila ade button batch. Tak suprise lah kepada pemenang best dressed kan ?

Makanya pemakaian button batch ni bertujuanlah.
Mula-mula kan sebab payah nau nak mencari button batch ni dengan harga patut aku bagi cadangan kat Yan  , kita pakai kertas jelah Yan ! Print nama atas kertas then tampal kat kotak ke , kertas keras ke , pastu pin . Hahaha . Tapi cadangan itu berlalu begitu sahaja ditelan kesibukan menguruskan lain-lain hal.
Tibe- tiba bila dah dekat event , kitorang meggelabah semula mencari & terus mencari button batch yang murah . Rm3 lah , Rm5 lah.. Hoi yang 50sen takde ke?
Sampailah ke seorang kenalan ni , dapatlah harga patut . Masa ni hari rabu petang , dia cakap kaler putih . Aku pun ok . Dia terus suruh bayar full . Aku pun transfer dan-dan tu jugak duitnya . Aku membayangkan button bacth kaler putih plain tanpa corak . Takpelah . Dah lasminit . Takde corak pun takpe .30minit kemudian aku jumpa dia collect button batch tu . Erkkk . Nape lain masam je ?
So , dia explain kat aku .. begini.. ni tapak nya , ni covernya .. nanti u guna playar lekatkan cover (aluminium warna besi ) , sepatutnya ni pakai mesin bla..bla..bla..
Aku pun ok. Sebenarnya blur!

Aku masuk dalam kereta , aku tenung button batch tu . Edel aku bawak , dah tertidur dalam kereta .
Aku yakin tak boleh guna playar , sebab mesti bengkok2 punya . Aku call dia balik , aku suruh dia buat macam bentuk button batch yang sepatutnya. Dia patah balik , collect button batch tu & bagitau nak buatkan design . Aku nak cepat . Aku nak selewatnya Jumaat . Aku suruh buat design sikit kat sticker tu then sediakan ruang kosong untuk tulis nama . Dia pula nak letak gambar lencana sekolah . Dia cadanglah. Aku kata boleh tapi kecil saja , sebab tujuan utama adalah NAMA.
Kami berpisah . Aku balik teruskan urusan yang tergendala sementara dia berjanji nak tolong bagi aku tengok design malam tu juga. Ada juga aku suruh Yan design , tapi Yan menolak sebab dia banyak lagi menda belum settle , so aku tunggu jelah orang printing ni design .
Tunggu punya tunggu sampai ke Suboh . Dia asyik suruh aku rileks , mane boleh rileks wei.. aku dah beli button batch tak siap ko tu . Masa dah time ni . Akhirnya aku terlelap . Bateri tubuh aku habis juga .
Jam 9 pagi , Boboy call aku bagitau dia nak join gathering , aku tgk ade sms dari printing tu bagitau dah emel design . Sms tu smpai Jam 6 a.m. Aku cecepat buka emel . Aku terkejut lagi . Design totally out . Aku suruh kaler putih basednyta dia buat merah kuning , lencana sekolah sebesar-besar alam , siap tukar kaler lagik , lencana tu kaler purple & biru , siap ade bulu-bulu keliling lencana. Aku bagi wording lain , dia tulis reunion walhal jam 3-4 pagi ( semasa dia tgh buat design tu ) aku dah ingatkan lagi ciri-ciri design yang aku nak . Blerggghhhhh ! Aku call Yan , luahkan ketensenan aku . Aku whats app gambar design tu pada Yan & Rini . Sedih . Yan terus buat design baru ! Sekejap je . Lagi cantik .
Aku call orang tu , tak angkat , tidur lagi mungkin . Bila dah dapat bercakap dengan dia , dia suruh emel design Yan tu . Yan pulak takde internet . Yan pinjam internet jiran dia . Masa tu Yan dah turun ke restoran dia , kena balik umah dia turun naik turun naik . Macam-macam hal lah.
Dah jam 2pm , aku call mamat tu tanya camane design Yan tu , ade ke perlu ubah ? Boleh direct print ke ? Dia cakap belum bukak emel. Wheiiiii Yan dah susah payah emel kepada ko secepat mungkin sebab nak ko cecepat hantar print . Aku dah takboleh sabar . Aku cakap ape je . Sebab dia memberi alasan , ade kerja lain lah , dia tolong aku lah.. Hello , kalau ko takboleh buat ! Jangan cakap boleh! Dan aku bukan minta tolong percuma , ini order dari customer . Dia bagi cadangan supaya batch tu ditampal je pakai glue gun tu . Terima kasih. Idea tu berguna . Last sekali dia berjanji sticker tu akan siap Jumaat sebelum 1pm.
Khamis malam Jumaat , aku pergi ke tempat dia sebab nak ambil button batch tu , nak tampal! Tampal besi dengan tapak .
Dia nak tolong tampal , takpelah .. terima kasih . Masa tu ade singgah rumah Izwa , collect buku warna dia nak sponsor tuk event , sempat aku minta glue stick ! Dia pun sepantas kilat mencari dan alhamdulillah , takpayah aku mencari kat kedai lagi . Masa tu kedai pun dah tutup .Bila glue stick cukup , takpayah tangguh lagi , terus buat malam tu jugak. Glue gun memang aku bawak je dalam handbag.Standby , cukup je bahan aku nak tampal terus . Taknak tunggu2.Hari yang sama jugaklah aku pi KDE bayar full payment , pegi jumpa Jiji & Ila kat NZ Wangsa Maju . Nasib baik suami aku willing nak teman sekali , tolong drive bila Yan tak larat.Phewwwwww..
Balik tu sementara tunggu Yan closing kedai dia , aku , suami aku & Edel yang tampal . Sekejapan je siap . Edel betul-betul boleh diharap . Masa tu aku terfikir ada hikmahnya jadi begini. Kalau tak , sampai kesudah aku taktau rupa asal button batch , kalau tak aku takde xtvt bersama keluarga macam ni . Pengalaman ni seronok juga .
Esok tinggal nak gunting sticker tu bulat-bulat & tampal pada button bacth tu.

Rajin sungguh anak Mummy.Thanx sayang..err Thanx kat Papa Edel gak sampai melecet tgn tembak gam tu.

Alhamdulillah 1 part dah siap malam tu jugak.So , esok pas dapat sticker tu kenalah gunting & tampal .
Dah dapat sticker tu 1 masalah lagi. KOCIK lah pulak !! Aku dah pesan banyak kali , kasi size dia ngam2 .. takmau lebih takmau kurang , Pehtu lencana sekolah pun besa.Yang Yan emel dia kecik je . Dialah ubah . Dahlah malas aku nak cakap ape-ape dah . Aku potong & tampal jelah . Dekat-dekat nak abis tu suami aku tolong sudahkan . Sebab time tu aku tengah deal dengan photoghraper lak. Kusut-kusut.
Tulah dia kalau kerja lasmenet.Semua tak kena. Huhu.. Padan muka aku .
Kat bawah ni gambar proses tampal lak .


Korang dapat semua yang keliling mcm tak cukup sifat tu kan.. Aku nak buatkan bling-bling semua macam gambar terakhir di atas , tak mampu la pulak . Aku dah tak larat . surrender . Aku larat buat 3 je . So , aku Yan dan Rini jelah ade bling-bling . Sazli pon tak dapat. Kuikuikui. Padan muke ko Sazli takde bling-bling .
Tujuan aku up kan entry ni untuk peringatan kat aku sendiri . Jangan buat keje lasmenet . Dah lasmenet nak perfect tu memang susah nak dapat mattttttt... Bersyukur jelah plan tu menjadi walaupun tak sempurna seperti yang diharapkan .
Tapi ade hikmahlah , sebab aku dah tau proses button batch ni , kira satu ilmu lagi aku dapat . Macam leh buat bisnes gak ni.. ngehngehngeh..
Eh , kat sape aku order ? itu rahsialah . Sian kat dia gak , kena marah ngan aku . Dahlah susah-susah design tgh malam pastu rejected ! Nak buat acane kan .. aku cerewet gak woh...
Ok sekian cerita pasal button batch , nanti aku up story lain . Banyak lagik nih.. korang baca sampai muntoh .. huhu..

Tata.





















Tuesday, 15 May 2012

SMKTS Gathering Dinner 120512 | Part One

Taktau nak mulakan dari mana.
Start dari yang latest lah ye.
Lepas tu nanti baru posmotem.
Ini sekolah menengah punya cerita. Mula-mula tercetusnya idea start dari group dalam FB yang Fizah Hamzah buat untuk mengumpulkan batch 95-99 ni.
Dari situ ramailah yang suruh buat reunion.Semua pun ade komitmen , jejauh.Tapi si Shaheran ni ..ehh!! ni cerita dari mula ni.. takyah2.. tak lalu nak taip sekarang.
.
.
.
.
Ok , hari yang dinanti-nanti pun tiba..

Perghhhh memang haru kalau buat kerja tak cukup manpower , nasib baiklah aku tak pinsan , nasib baiklah Yan tak pitam.
Kengkawan  yang datang lenggang lenggang kangkung balik bawak hadiah best-best , hadiah kecik - beso tu nampak semua berjalan lancar.. ketawa , tersenyum , happy , teruja dan sebagainya .. syukur sangat , memang itulah harapan aku pun . Aku rasa Yan pun macam tu , sebab dalam pada kesibukkan menguruskan event ni Yan ada bagitau aku , " lien , aku tak dapat ape-ape pun takpe , asalkan kawan-kawan kita dapat "
Haaaaaaa.. korang tengok , sebab tu aku suka kawan dengan Yan ni , dia ikhlas.. tak berkira punya makhluk.Dia bukan sehat nau pun , bukan takde komitmen lain tapi effort dia tu buat aku , oklah aku ikut jelah.. aku ni tukang komplen je.. kahkahkah.
Aku bagi idea , Yan jom cari sponsor , mula-mula jawapan dia negatif , tapi dia tak menolak pun , dalam diam , dia pegi Tesco belek satu2 produk , ambil alamat & minta sponsor , masa tu aku terkial2 google satu2 company mintak sponsor gaklah.
Peringkat awal Fizah pun exited tapi lepas tu dia senyap busy & tup2 mengandung rupanya.. Tahniah kat Fizah , aku bila org preggy ni , faham sangatlah..takmo kacau dia lah... so , aku on dgn Yan jelah masa tu..
Usaha tu membuahkan hasil , banyak juga sponsor kami dapat , lagilah berkobar2.. kena meeting dgn syarikat2 yang nak bagi sponsor tu , kena collect lagi produk sponsor tu.
Memang penat tapi berbaloi aku rasa .. bestnya murah rezekilah event ni.Macam selagi adelah semua nak mintak sponsor.
Planning semuanya berjalan lancar , yang agak perit sikit , sikit jelah adalah nak ajak kawan-kawan join gathering ni. Mula-mula kemain ramai kobar-kobar.. bila da decide tarikh , tempat .. ramai diam membisu , kelu ke ape aku taktau. Kami collect RM60 dewasa | RM35 kanak-kanak (4-12thn).
Tak kisah pun sebenarnya kalau taknak pergi ke tak dapat pergi cuma nak respon je.Memang kitorang tak call sorang-sorang pun , sebabnya FB kan ada.. kirenya mane yang sempat jelah , mane yg ade no tel kat kitorang tu lah yang sempat dihubungi , kalau tak angkat fon tu ..sudeyyyy takde masa nak call banyak-banyak kali.
Kalau awal dapat tau berapa orang , mudah sikitlah kitorang nak buat preparation kan.
Sampai satu tahap Yan amuk kat FB.. ekekekekke... aku dgn dia jelah hadap tensen mase tu.. ade sorang ni yang wat peel bebudak , siap sebar berita macam hape .. kita penat2 di sini dia sedap molot cakap tah pape di sinunnnn..  atoiiii lagi tua lagi menjadik org kata .. nak tergelak pon ada.
Tapi kitorang teruskan juga , tu semua cabaran kan .. dalam kita cuba buat baik bukan semua orang suka ye tak ? Lumrah alam.
Seperti yang dijangka , di saat-saat akhir ramai yang buat bayaran .. agak kelam kabut jugalah bendahari kita si Mazrini tu , almaklumlah dia pun bz sangat-sangat , mane nak layan kerja , meeting , rumahtangga lagi .. dah tu yang buat bayaran pun tak infom lengkap butir diri , dia kena follow up satu persatu. Cian dia.. tapi aku memang tau dia cekap. Sebab tu ku offer dia jadi bendahari .. ekekeke..
Bukan tu je dugaan nya , bila dah dekat date event , baru ku dapat beli button batch dengan harga patut , idea asal Yan ni bertujuan untuk tulis nama kat button batch tu supaya semua tau nama masing-masing. Ok dapat kat tangan aku 100 pcs button batch bogel.Gile kentang ! depannya aluminium pastu tapaknya plastik putih berpin.Oh nonononono..Blergghhhhhhh.
Kisah ni aku cerita kat enrty khas nanti yek. Button bacth yang korang dapat tu lah hasilnya.
Eh penat lak nak tulis lagi..
nanti aku sambung yek..