Sunday 26 February 2012

Motherhood Expo 2012

Motherhood Expo kali ni diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Bermula pada 24-26 Feb 2012.
Selalunya buat kat Mid Valley.Sebab dulu firstime kitorang pergi kat MidValley.
Kami pergi pada hari Ahad.Pagi jam 10am dah terpacak.Macam biasa expo mcm ni memang ramai Chinese.Kali ni takde pulak goodie bag, dia bg free gift la untuk sesiapa yang mendaftar.Dapatlah Shiltox Gel dgn beberapa produk lain.
Aku memang suka pergi exhibition macam ni sebab ada banyak booth yang terlibat menjalankan promosi barangan bayi dan ibu, ade diskaun dan hadiah percuma.
Terpaling best adalah stage activities .Biasanya mereka akan adakan stage xtvt untuk anak2 ni..
Hadiah pun boleh tahan bergantung pada penajalah.Kalau nak join stage xtvt ni kenalah mendaftar pagi2.Awal2 kena Q kat pendaftaran tu.Memang ramailah kebiasaannya.
Kali ni Edel join 1 je xtvt.Turn Edel jam 1.30 pm. Sebelum tu g ronda2 booth yang terlibat..g booth Pureen , staff kat situ tarik nak dapatkan nama & emeil kita.Isi je form tu then dia bagi goodies comel berisi botol2 kecil produk pureen (bedak, lotion, body syampu , hand sanitizer ).Suke!
Sementara tu di pentas ada ceramah
"Sucsessful Breastfeeding Talk Show" by Mom's Little Ones & Dynas Nursing Attire.
Speaker nya si pelakon cantik Dynas & pakar laktasi dari MLO.Memang aku suke dengar ceramah tentang susu ibu ni.
Antara tips yang mereka sampaikan yang melekat kat kepala aku adalah
" anak kambing minum susu kambing"
" anak lembu minum susu lembu"
" anak manusia minum susu manusia lah"
Yezaaaa...
Antara ilmu yang aku dapat lagi , bayi yang baru dilahirkan sewaktu umurnya 1 hari perutnya adalah sekecil guli , usia 7 hari baru sebesar bola golf  sebab tu bayi minum sikit tetapi kerap.Dan sebab tu jugalah susu ibu yang keluar pun sikit demi sedikit. Bukan susu tak cukup dan bukan bayi tu tak puas. 
Logik lah kan.kejadian Allah ni sangatlah teratur bukan?
Bayangkan kalau perut sekecil guli tu disumbat susu melambak-lambak ..ape jadi ye?
Elakkan mangajar bayi minum dengan puting pada permulaan kerana bayi akan keliru puting dan akan menolak puting ibu..cara lain selain direct feeding sebaiknya ajar suapkan bayi dengan sudu atau gelas kecil sedikit demi sedikit..supaya bayi boleh belajar minum.
Susu ibu selalunya cukup jika ibu terus menerus memberikan susu sendiri tanpa mencampur susu formula.Tak perlu top up dan jangan membuat andaian sendiri yang susu anda tidak cukup kerana susu ibu akan keluar jika adanya rangsangan hisapan daripada bayi. Semakin banyak hisapan semakin kilang pengeluaran susu akan membekalkan susu mencukupi.
Maksudnya kilang hasilkan susu mengikut permintaan lah.Kalau tiada hisapan camane kilang nak keluarkan susu..kalau automatik keluar je susu jadi ape pulak.Jadi suis nya ada pada anda dan bayi anda.
Aku memang sangat suka kempen susu ibu ni , sebab banyak sangat kebaikan .. sudah tentulah kejadian Allah tu yang terbaik.
Bukankah yang original lebih bagus dari yang tiruan ?
Jimat.
Hygene.( kalau susu botol kena pastikan botol BPA free , basuh kena bersih semua.. lecehhh)
Mudah ( selak je bg )
Eratkan hubungan bayi dan ibu.
Antibodi anak kuat ( jarang dijangkiti penyakit )
Tak perlu bancuh nak sukat 2 panas sejuk suam bagai kerana susu ibu sangatlah magic kerana bila bayi sejuk susu akan automatik lebih lemak , dan kalau bayi panas susu pulak automatik banyak air ..subhanallah..
Banyaklah lagi kebaikan susu ibu ni.
Dan Alhamdulillah aku masih menyusukan Edel sehingga sekarang , detik aku menulis ni usianya sudah
3tahun 2 bulan 10 hari.
Alhamdulillah..

Eh panjang pula celoteh pasal susu ibu ni..hehe..
Ha lepas dengar ceramah ni sudah tentulah klik klik dgn Dynas jap..haha memang setiap kali dgr talk dia haruslah klik klik.. tapi kali ni dia tak boleh dukung Edel.. Dynas mengandung yaw... comel je..Nah foto nye..memang lah aku yang ketara gemok dan comot ni..aiyooo


Huduh mukaku ade jerawat.

Tekun mendengar talk show 

Pastu aku jalan-jalan lagi tinjau booth tengok ape-ape yang best untuk dibeli.Kat booth Drypers lak ada puzzle game ..aku join lah tapi mase ni aku dengan Edel je , kamera kat Papa Edel makanya takdelah gambar.Kena pasang Puzzle beso tu dalam masa 30 saat. Aku ? 1 minit 33 saat. Ape punye lembs laaa.Tapi dapat jugak hadiah beg serbaguna kaler pink Drypers..hehe best2..pastu aweks jaga drypers tu suruh aku g kat Libresse nye kaunter sebelah dia untuk ambil sample pad..hehe..best lagi.Lepas ambik pad kene cop kat tangan supaya ko jangan ngengada nak ambil sample byk2 kali.Banyak cantek! Sorang 1 je.

12.45pm :
Edel da standby tuk join contest xtvt. Trunki Race by Bloom and Grow.
Apekebenda nya tu? masuk jelah sebab masa daftar nama tu , organizer bgtau tu je xtvt yang ada tuk 3-4 years.Yang lain dah penuh! Dan ade some xtvts kena tunggu depan stage nanti dorang akan umum untuk panggil naik pentas macam tu..Sebelum start race edel sempat bergambo dgn maskot Nestle.

kurang keseyuman sebab baru lepas marah budak lain yang nak bergambo jugak


Hehe Edel memang garang sikit..tgk tu orang nak berkawan dia pulak ... ?
dileraikan oleh abang yang prihatin
Muka tak puas hati Edel


inilah trunki nye..Edel test2 dulu..senyum dah dia..dia ingat nak menang nak dapat trunki ni..dia nak kaler yellow..ulang2 cakap kat Mummy..


test lagi..


Edel berpeluang test drive trunki sebelum race. Adelah dia terjongkang tapi sempat brek... Edel cakap Edel nak kaler kuning tu kan.. aku pun bagilah semangat , kalau nak kaler kuning tu kena menang dulu.Kena laju-laju sampai kat Papa Edel seberang sana.. Edel angguk-angguk , muka penuh kondifen faham.
Masa race Edel bersaing dgn seorang kanak2 kecil sikit daripada Edel & sorang lagi boy besar sikit dari Edel.. Edel dapat No 2 sekaligus gagal melayakkan diri ke peringkat final.
Papa Edel yang sambut Edel kat seberang pentas tu dukung Edel .. sampai kat aku , Papa Edel bgtau Edel nanges...Alahaiiiiiii.. Edel dah faham erti kecewa bila gagal.Sedih tengok dia.Lagi kita pujuk lagi sayu hati dia.
Lalu , kami pun cecepat bawa Edel beredar dari pentas tu..nak pujuk dia.. bawak g makan & beli tiket promosi masuk Aquria terus. Sebab dekat je kan.. jalan kaki tak sempat bepeluh tihak dah sampai
( memanglah tak bpeluh sebab dalam aircond )
Nanti-nanti sambung citer Aquria.. best tu..
Daaaaa...

1 comment:

  1. wawawaaaa....sempat bergamba ngn dinas lagik..

    kelass ko..:D

    rerajin singgah sini eyhh..

    http://mrspuex.blogspot.com

    regards;
    ayang a.k.a mrspuex

    ReplyDelete