Tahniah sayang ,
Masa Edel main-main tolong menyibuk kemas sepit rambut Edel dgn Mummy ptg semalam , tiba-tiba Edel menjerit " Edel nak inshing"!
Seakan melompat Edel masa tu , Mummy terus suruh Edel masuk toilet , tapi sebab panik kot dari bilik Edel tu Edel berlari ke hall rumah cari Papa.
Papa suruh Edel masuk toilet , Papa pun berlari jugak.Masa tu terdetik kat hati Mummy - kali ni mesti betul-betul Edel dapat inshing dalam toilet.
Mummy teruskan kemas sepit rambut Edel dalam bilik.Biar Papa Edel layankan Edel inshing.Mummy dah banyak kali Edel 'tipu' sebelum sebelum ni kata nak inshing tapi bila sampai toilet , tunggu2 takde..Edel sengeh-sengeh je.Last-last basah karpet , langsir , lantai..Sabar jelah!
Dari dalam bilik Edel tu Mummy dengar Papa bg semangat utk Edel inshing "shhhhhhhhh shiiiiiiiii"
Pastu Edel cakap " Edel nak pakai pempes" .
Papa terus bg semangat.Beberapa saat pastu Papa tepuk tangan.Gembira!
Yeahhh Edel inshing jugak dalam toilet.Dia cakap nak pakai pempes then berjaya inshing.Maybe dah terbiasa sangat pakai pampes jadi dia rasa janggal inshing cangkung dalam toilet macam tu.
Itulah jadi mak bapak .. anak berjaya kencing dalam toilet pun happy.
1st time kot.
Indah perasaan sbg ibu sebagai bapa.Indah.Alhamdulillah.
Pastu Edel da berangan dah.Nak keluar ni , dia pakai baju seluar sendiri lepas mandi pastu cakap "takyah pakai pampes lah"
Hamboi kemain.. hehe nnt dulu ye sayang , dah terror nanti baru boleh.
Nota : Edel berusia 3tahun 1 bulan 24 hari semalam- pertama kali inshing kat toilet.
No comments:
Post a Comment