Hari ini 4 Jan 2012 merupakan hari pertama Adelya menjejakkan kaki ke tempat menimba ilmu yang pertama dalam hidupnya-Children Islamic Center ( CIC ).Di usia 3 tahun 17 hari masih menyusu badan juga masih memakai diaper.
Maafkan Mummy sayang , Mummy gagal mendidik Edel pergi ke tandas sendiri.Mummy kurang sabar.Bila Mummy mula nak train Edel tak pakai pampers , Edel inshing merata , Mummy fed-up.Mummy pakaikan semula pampers.Walaupun Edel petah bercakap , pandai dah banyak perkara tapi tang satu tu je Edel susah.Mummy tahu , Mummy yang salah.Mummy harap bila Edel dah ke sekolah , bila tengok kawan2 pandai ke tandas , Edel ikut sama.Lagi cepat lagi bagus.Sekarang ni pun dah terlambat.
Mummy tak boleh tidur sayang , mengenangkan sekejap lagi mummy akan melepaskan Edel selama 6jam tanpa Mummy atau Papa Edel.Memang dah 4 hari Edel pergi orientasi.Tapi tu cuma 2jam sehari.Bangga Mummy Edel berani pergi orientasi.Mummy tak sangka Edel tak perlu ditemani Mummy atau Papa Edel sejak hari pertama Edel ke orientasi.Alhamdulillah.
Sayang ,
Mummy cadang nak ikut Edel pergi sekolah jap lagi.Sepanjang masa hari pertama ni.Mummy nak tengok macamana keadaan Edel kat sekolah.Edel nakal tak? Kacau kawan tak ? Bergaduh dengan kawan tak?
Mummy nak tengok jugak apa yang Edel belajar , apa yang Edel makan.Time makan jangan share2 tau.Jangan share sudu dengan orang lain.Edel makan dan minum guna pinggan , susu dan cawan Edel sendiri.Jangan ambil kawan punya ye sayang.Mummy taknak Edel jatuh sakit.Manelah tahu ada kawan2 yang kurang sehat.Sama juga Edel , mana tahu Edel kurang sehat , kawan pulak terjangkit sakit Edel.Nauzubillah.
Mummy nak snap gambar Edel masa hari pertama sekolah ni , pakai uniform yang teacher dah bagi.Tadi mummy dah iron uniform Edel , tudung Edel ketat pulak ,tulah pipi tembam sangat.Hehehe..Mummy dah tetas sikit tudung Edel , nanti weekend ni kita cari tudung Edel yang lain ye.Sekarang tudung ada sehelai je sekolah Edel bagi.
Mummy lega Edel suka dengan sekolah ni.Harap Edel berterusan suka Children Islamic Center sampai hujung tahun.Kalau ok dan ada rezeki , tahun depan sambung lagi ye nak.
Mummy nak tidur sekejap , jap lagi nak bgn awal siapkan Edel dan sarapan kita sebelum Edel g sekolah.
No comments:
Post a Comment