Wednesday, 4 January 2012

Children Islamic Center - sekolah pertama Adelya.

Mummy pilih playschool ni untuk Edel sebab sekolah bercirikan Islamic.Ada KAFA , belajar solat , dll.Bahasa perantaraan pula adalah Bahasa Inggeris.Sekolah ni dekat dengan rumah dan kedai kita.
Semalam mummy tak tidur sebab takut terlajak tidur + mummy nervous.Sempatlah mummy buat satu entry masa tak boleh lelap tu.
Dalam pada exited lagi nervous boleh pula mummy terlupa jam berapa Edel kena ada kat sekolah.
7.30 pagi ke 8 pagi ke..
Selepas Suboh , Mummy sms teacher Edel . Mujur teacher Edel balas.Pukul 8 pagi rupenya Edel start sekolah.Pukul 7 pagi Mummy siapkan breakfast.Papa mandikan Edel.Edel memang liat nak bangun sebab semalam tidur lambat kan?


Selepas mandi , Mummy pakaikan baju Edel..tudung je takyah pakai dulu sebab rambut Edel basah lagi.Selepas ambil Ecpi Junior (multivitamin)Edel breakfast.Mummy dah buat sandwich telur , tapi Edel nak makan coco-crunch.Ok makanlah nak.Asalkan Edel nak makan.




Kelam kabut juga hari pertama nak ke sekolah ni , sebab last week orientasi 9pagi - 11pagi je.Hari ni kena bangun awal lagi.
Edel taknak ikat rambut , taknak pakai skarf.Semua Edel tak kena. mummy tau Edel meragam sebab masih mengantuk.
Time sampai je kat sekolah , menonong aje Edel naik tangga.Tak sabar2 nampak.
Mummy dengan Papa follow dari belakang , teacher Edel bagi kebenaran tgk Edel sekejap.Dapatlah tgk ragam kawan2 Edel.Lepas sorang , sorang menangis..semua lelaki.Jenuh jugaklah tenaga pengajar nak pujuk kan.Muka Edel masam je.Edel perati je kawan-kawan Edel terutama yang menangis.







Mummy & Papa Edel snap2 pic Edel sikit-sikit, dapatlah tengok antara aktiviti pagi Edel & kawan2, mula2 beratur , senaman , bacaan doa , bacaan surah2 pendek , bacaan doa2 dalam kehidupan seharian.Lepas tu Teacher nak kunci pintu , makanya Mummy & Papa Edel ibu2 lain kenalah balik.
Jam 2.30 ptg , Mummy dah terpacak kat pintu sekolah Edel ,Teacher bgtau Edel nangis.Mula2 Edel ok mcm biasa , bila dah masuk waktu Zohor time belajar solat Edel menangis.Yelah , ini kali pertama Edel berpisah lama dari Mummy atau Papa Edel kan.Kesian Edel.Teacher sorang lagi dukung Edel yang sedang teresak nangis turun ke bawah.Bila nampak je muka Mummy , Edel terus berhenti nangis.
Esok Mummy harap Edel dah boleh sesuaikan diri.Bila ditanya kenapa Edel menangis , Edel jawab sebab Mummy & Papa takde.Hehehe takpe sayang , Mummy faham..Mummy dulu pun sekolah start masa umur 6thn tau. Edel baru 3tahun..kira terror lah anak Mummy ni kan.Mula-mula memang macam tu.Nanti lama2 Edel biasalah tu.
mummy harap CIC adalah pilihan yang tepat untuk Edel memulakan langkah pertama dalam menuntut ilmu , InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment