Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru 2013 & Perkembangan si manja - suka berkias

Assalamualaikum

Good bye 2012 .. Welcome 2013 .

Hari ni pi daftar sekolah baru Adelya . Tukar angin ke sekolah baru . Islamik juga . Adelya beria nak ke sekolah baru .
Hopefully dia rajin ke sekolah dan dapat belajar dengan cemerlang , Insya Allah .

Nak abadikan kat sini sesuatu tentang si manja ( manja la sebab dia sorang kennnn )
Anak sorang ni sangat pandai berkias . Contoh bila nakkan sesuatu , terutama dari orang selain Papa dan Ummi dia ( Ummi ?? ) iolss lettew ..

Contoh :-

Situasi 1

Adelya memang teringin nak makan donut big apple ( Adelya panggil "Donat  kat Low Yatt "sebab asal gi Law Yatt je beli donat tu ) tapi Ummi and Papa masa tu tak sempat belikan + tak pergi mane2 tempat yang ade jual donat .

Petang tu Busu Edel bawa Edel pi AEON jalan-jalan . Dorang pergi berdua sahaja .
Balik tu Edel pun riuh lah bagitau aku yang dia dah makan donatttttt.. busu belikannnnn.. three , three sambil tunjuk 3 jari .

Ok .

Adik ku pun cerita ,
Masa lalu je kedai Big Apple tu Edel pun bersuara mcm ni ..

" Dah lama Edel tak makan donat "

Syahdu ok . Kalau cakap , " Busu , Edel nak donat " kan senang ..haha kompem la adik aku belikan punya .

-
-
-
-

Situasi 2

Dalam kereta .
Nenek Edel ada bawa air soya tin . Keluarkan dari bag dan buh kat tempat letak air . Takde siapa usik . Takde siapa minum . Belum bukak lagi .

Edel dari seat belakang , pun bertanya *buat-buat tanya

" Air soya tu dah habis ke nenek ? "

dari direct mintak mcm ni  " Nenek , Edel nak air soya tu "

Tak tahu dari mana dia belajar berkias-kias ni .

Bila budak kecil berusia 3thn ++ pandai bercakap kias-kias ni , comel aku rasa . Poyo sgt ni . Hahaha. Macam nak tampo-tampo . Gerrramm . Geram pada anak sendiri adalah hak milik setiap insan (ibubapa) - flipshair .

Edel ,
Kaau suatu hari Edel terbaca ni , mesti Edel akan kata , oh poyo jugek Edel dari 3thn lebih kot . Ketawalah nak , sebab kami semua pun ketawa dgn telatah Edel yang ini . Hujung tahun ni umur Edel akan menginjak  ke 5 tahun . Sekejap masa berlalu . Ummi sayang Edel tau . Sayang sangat ! Tak tau nak cakap sayang tu camane . Harap Allah pinjamkan Edel lama-lama. Boleh kan ?

Ok tetiba syahdu sangat nih . Berjrai-jurai airmata sambil taip . Mak-mak mmg camni kot .

Wassalam .


1 comment:

  1. ok, tetibe aireen pon nak mkn donut jugak..dah 2 hari die mintak..insyllh ptg ni kene cari jugak donut utk die..

    ReplyDelete