Friday 18 May 2012

SMKTS Gathering Dinner | Button Batch punye cerita

Gatehring Dinner SMKTS yang dirancang dari awal Yan dah plan nak semua yang hadir dipakaikan button batch.

Objektif pemakaian button batch :

1) Untuk mengimbas kenangan zaman sekolah pakai tag nama.

2) Untuk kawan-kawan yang dah nyanyuk lupa nama kawan-kawan zaman sekolah senang nak     manggil , errrr sape nama dia yek , jelim je button batch tu.. ohhhhh liennn .. oh .. hafiz ... oh..Eddy.. oh Rini.. Ohhhh muke ingat namanye agak kabur-kabur sikit , bacalah kat button batch tu.gitewwwwww...

3) Untuk memudahkan proses voting ..sebab dulu kan mase reunion tahun 2004 , ade sekumpulan table chinese ni , panggil aku , dorang panggil aku semata-mata nak tanya nama aku . Nak isi dalam kertas vote. Ekekeke. So , kali ni takyah lah jadi macam tu lagi bila ade button batch. Tak suprise lah kepada pemenang best dressed kan ?

Makanya pemakaian button batch ni bertujuanlah.
Mula-mula kan sebab payah nau nak mencari button batch ni dengan harga patut aku bagi cadangan kat Yan  , kita pakai kertas jelah Yan ! Print nama atas kertas then tampal kat kotak ke , kertas keras ke , pastu pin . Hahaha . Tapi cadangan itu berlalu begitu sahaja ditelan kesibukan menguruskan lain-lain hal.
Tibe- tiba bila dah dekat event , kitorang meggelabah semula mencari & terus mencari button batch yang murah . Rm3 lah , Rm5 lah.. Hoi yang 50sen takde ke?
Sampailah ke seorang kenalan ni , dapatlah harga patut . Masa ni hari rabu petang , dia cakap kaler putih . Aku pun ok . Dia terus suruh bayar full . Aku pun transfer dan-dan tu jugak duitnya . Aku membayangkan button bacth kaler putih plain tanpa corak . Takpelah . Dah lasminit . Takde corak pun takpe .30minit kemudian aku jumpa dia collect button batch tu . Erkkk . Nape lain masam je ?
So , dia explain kat aku .. begini.. ni tapak nya , ni covernya .. nanti u guna playar lekatkan cover (aluminium warna besi ) , sepatutnya ni pakai mesin bla..bla..bla..
Aku pun ok. Sebenarnya blur!

Aku masuk dalam kereta , aku tenung button batch tu . Edel aku bawak , dah tertidur dalam kereta .
Aku yakin tak boleh guna playar , sebab mesti bengkok2 punya . Aku call dia balik , aku suruh dia buat macam bentuk button batch yang sepatutnya. Dia patah balik , collect button batch tu & bagitau nak buatkan design . Aku nak cepat . Aku nak selewatnya Jumaat . Aku suruh buat design sikit kat sticker tu then sediakan ruang kosong untuk tulis nama . Dia pula nak letak gambar lencana sekolah . Dia cadanglah. Aku kata boleh tapi kecil saja , sebab tujuan utama adalah NAMA.
Kami berpisah . Aku balik teruskan urusan yang tergendala sementara dia berjanji nak tolong bagi aku tengok design malam tu juga. Ada juga aku suruh Yan design , tapi Yan menolak sebab dia banyak lagi menda belum settle , so aku tunggu jelah orang printing ni design .
Tunggu punya tunggu sampai ke Suboh . Dia asyik suruh aku rileks , mane boleh rileks wei.. aku dah beli button batch tak siap ko tu . Masa dah time ni . Akhirnya aku terlelap . Bateri tubuh aku habis juga .
Jam 9 pagi , Boboy call aku bagitau dia nak join gathering , aku tgk ade sms dari printing tu bagitau dah emel design . Sms tu smpai Jam 6 a.m. Aku cecepat buka emel . Aku terkejut lagi . Design totally out . Aku suruh kaler putih basednyta dia buat merah kuning , lencana sekolah sebesar-besar alam , siap tukar kaler lagik , lencana tu kaler purple & biru , siap ade bulu-bulu keliling lencana. Aku bagi wording lain , dia tulis reunion walhal jam 3-4 pagi ( semasa dia tgh buat design tu ) aku dah ingatkan lagi ciri-ciri design yang aku nak . Blerggghhhhh ! Aku call Yan , luahkan ketensenan aku . Aku whats app gambar design tu pada Yan & Rini . Sedih . Yan terus buat design baru ! Sekejap je . Lagi cantik .
Aku call orang tu , tak angkat , tidur lagi mungkin . Bila dah dapat bercakap dengan dia , dia suruh emel design Yan tu . Yan pulak takde internet . Yan pinjam internet jiran dia . Masa tu Yan dah turun ke restoran dia , kena balik umah dia turun naik turun naik . Macam-macam hal lah.
Dah jam 2pm , aku call mamat tu tanya camane design Yan tu , ade ke perlu ubah ? Boleh direct print ke ? Dia cakap belum bukak emel. Wheiiiii Yan dah susah payah emel kepada ko secepat mungkin sebab nak ko cecepat hantar print . Aku dah takboleh sabar . Aku cakap ape je . Sebab dia memberi alasan , ade kerja lain lah , dia tolong aku lah.. Hello , kalau ko takboleh buat ! Jangan cakap boleh! Dan aku bukan minta tolong percuma , ini order dari customer . Dia bagi cadangan supaya batch tu ditampal je pakai glue gun tu . Terima kasih. Idea tu berguna . Last sekali dia berjanji sticker tu akan siap Jumaat sebelum 1pm.
Khamis malam Jumaat , aku pergi ke tempat dia sebab nak ambil button batch tu , nak tampal! Tampal besi dengan tapak .
Dia nak tolong tampal , takpelah .. terima kasih . Masa tu ade singgah rumah Izwa , collect buku warna dia nak sponsor tuk event , sempat aku minta glue stick ! Dia pun sepantas kilat mencari dan alhamdulillah , takpayah aku mencari kat kedai lagi . Masa tu kedai pun dah tutup .Bila glue stick cukup , takpayah tangguh lagi , terus buat malam tu jugak. Glue gun memang aku bawak je dalam handbag.Standby , cukup je bahan aku nak tampal terus . Taknak tunggu2.Hari yang sama jugaklah aku pi KDE bayar full payment , pegi jumpa Jiji & Ila kat NZ Wangsa Maju . Nasib baik suami aku willing nak teman sekali , tolong drive bila Yan tak larat.Phewwwwww..
Balik tu sementara tunggu Yan closing kedai dia , aku , suami aku & Edel yang tampal . Sekejapan je siap . Edel betul-betul boleh diharap . Masa tu aku terfikir ada hikmahnya jadi begini. Kalau tak , sampai kesudah aku taktau rupa asal button batch , kalau tak aku takde xtvt bersama keluarga macam ni . Pengalaman ni seronok juga .
Esok tinggal nak gunting sticker tu bulat-bulat & tampal pada button bacth tu.

Rajin sungguh anak Mummy.Thanx sayang..err Thanx kat Papa Edel gak sampai melecet tgn tembak gam tu.

Alhamdulillah 1 part dah siap malam tu jugak.So , esok pas dapat sticker tu kenalah gunting & tampal .
Dah dapat sticker tu 1 masalah lagi. KOCIK lah pulak !! Aku dah pesan banyak kali , kasi size dia ngam2 .. takmau lebih takmau kurang , Pehtu lencana sekolah pun besa.Yang Yan emel dia kecik je . Dialah ubah . Dahlah malas aku nak cakap ape-ape dah . Aku potong & tampal jelah . Dekat-dekat nak abis tu suami aku tolong sudahkan . Sebab time tu aku tengah deal dengan photoghraper lak. Kusut-kusut.
Tulah dia kalau kerja lasmenet.Semua tak kena. Huhu.. Padan muka aku .
Kat bawah ni gambar proses tampal lak .


Korang dapat semua yang keliling mcm tak cukup sifat tu kan.. Aku nak buatkan bling-bling semua macam gambar terakhir di atas , tak mampu la pulak . Aku dah tak larat . surrender . Aku larat buat 3 je . So , aku Yan dan Rini jelah ade bling-bling . Sazli pon tak dapat. Kuikuikui. Padan muke ko Sazli takde bling-bling .
Tujuan aku up kan entry ni untuk peringatan kat aku sendiri . Jangan buat keje lasmenet . Dah lasmenet nak perfect tu memang susah nak dapat mattttttt... Bersyukur jelah plan tu menjadi walaupun tak sempurna seperti yang diharapkan .
Tapi ade hikmahlah , sebab aku dah tau proses button batch ni , kira satu ilmu lagi aku dapat . Macam leh buat bisnes gak ni.. ngehngehngeh..
Eh , kat sape aku order ? itu rahsialah . Sian kat dia gak , kena marah ngan aku . Dahlah susah-susah design tgh malam pastu rejected ! Nak buat acane kan .. aku cerewet gak woh...
Ok sekian cerita pasal button batch , nanti aku up story lain . Banyak lagik nih.. korang baca sampai muntoh .. huhu..

Tata.





















2 comments: