Wednesday 18 April 2012

Tea Party with Trudy & Teddy

Trudy & Teddy akan mengadakan majlis khas dinamakan "Tea Party with Trudy & Teddy" pada bulan kelahiran saya iaitu May 2012.
Wah  kalau dapat join Tea Party ni dengan Edel mesti best sangat.Exited!

Gambar di atas menunjukkan Edel yang memakai pakaian jenama Trudy & Teddy , walaupun berpeluh waktu gambar ini diambil tapi Edel tidak merengek malah gembira saja kerana baju yang dia pakai menggunakan material yang menyerap peluh & selesa.

Trudy & Teddy merupakan jenama pakaian kegemaran pilihan saya untuk Edel kerana kalau Edel pakai baju , skirt , gaun , kasut , atau aksesori  dari Trudy & Teddy ni mesti ada orang puji.. Cantik!

Pertama kali ternampak jenama ni di Sogo sekitar , saya terus jatuh cinta dengan rekaan pakaian bayi & kanak-kanaknya yang nampak sangat selesa , rekaan gaya klasik , nampak begitu eksklusif , material berkualiti tinggi dengan harga sangat berpatutan.

Paling mengujakan adalah , Edel sendiri selalu minta dipakaikan pakaian Trudy & Teddy sejak pandai memilih pakaian sendiri. Dia mahu kelihatan bergaya & selesa.(puteri kesayangan saya pun ada "taste" tau)

Trudy & Teddy mempunyai rekaan pakaian untuk ke majlis-majlis keraian hingga rekaan yang santai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Rekaannya yang tersendiri membuatkan saya tidak melepaskan peluang untuk singgah melihat koleksi terbaru dan membeli  pakaian untuk anak saya setiap kali ke shopping mall yang ada menjual jenama ini.

Jika boleh , Trudy& Teddy menjual sekali pakaian untuk ibu sebab saya sendiri geram melihat koleksi baju anak-anak yang comel & selesa ini memandangkan fesyen yang diketengahkan seolah-seolah gaya dewasa yang dipakaikan kepada bayi & kanak-kanak.Begitulah uniknya Trudy & Teddy.

Terima kasih Trudy & Tredy yang melahirkan rekaan yang ringkas tetapi bergaya sesuai dengan bayi dan kanak-kanak.Paling istimewa, ibubapa tak perlu susah lagi memikirkan pakaian apa yang sesuai untuk anak-anak jika mahu ke majlis-majlis tertentu kerana Trudy & Teddy ada jawapannya.Pilih saja yang berkenan di hati kerana anak pasti gembira menggayakannya & ibu tentulah bahagia.

No comments:

Post a Comment