Tuesday 24 January 2012

Gong Xi Fa Chai - Edel Raya Sakan

Tahun ni siap beli baju raya cina tuk Edel.Dia yang nak , dia yang pilih.Ok sebab comel , belikan jugak.Alang2 kan nak pergi beraya.Keluarga Cina mmg ramai sebab Papaku seorang mualaf.Tapi mmg x dapat beraya dgn papa pun , macam biasa dia bersama keluarga bini baru dia holiday ke Lumut lagi..Sob-sob..x de hal pun , mama, suami , adik and Edel ada dah cukup lah.Lokasi beraya tahun ni macam biasa juga kat Ulu Yam.Yang tinggal kat sini nenek saudara yang dah berusia 87 tahun dgn anak cucu dia lah..steady lah nenek ni yang kami panggil Ah ko.
Suke hati Ah Ko nampak kami sampai..dia memamng tunggu kedatangan kami.Memang biasa time raya jelah dapat jumpa pun.
Sampai-sampai je Edel baru bangun tido.Jadi buat peel sikitlah.Biasalah budak2, dia x nak dgn Ah Ko.Lepas makan kacang , kacang , dan kacang dgn air kotak Edel kembali ok.Edel yang beria nak beraya nye pon , memanjang je nyanyi lagu "tung-tung-tung-Chang" adoyaiii penat dgr..tapi best!
Biasalah borak2 makan2 kacang snap2 gambo , dapat2 angpow..sementara tunggu adik aku , datang kendian.

Ni masa auntie bgtau Ah ko selalu nanges ingat kat Ah chai , pakcik aku yg dah meninggal.Selalu ingat kitorang ..seronok bila kitorang datang..





"Semua orang sayang Ah Ko , Ah Ko sudah tua "
aksi budak nak yak

muke tengah  >___<

tunggu Poksu dia..

Adi dah sampai , suke bukan main Ah Ko.

Adi sampai dengan kawan nya Epul.Happy btl Ah Ko , ketawa besar dia.Comel nye dengan takde gigi.Lepas tu kena pergi rumah anak Ah Ko , ada buat open house.Dekat2 rumah Ah Ko juga.Ah Ko tak boleh ikut , katanya kaki tak berapa kuat , lagipun dia nak tunggu anak cucu sedara yang belum sampai.So , kitorang pun ke rumah "tokey busat" pula.Ngam2 sampai je tgh ade persembahan Lion Dance.Fuhhh ni yang Edel nak tgk sangat ni.Lama pulak tu.Ade 5 ekor semuanya.Apa lagi Edel yang berani selambe je cuit2 natang tu , siap ade satu masa tu Edel selambe landing atas singa siap posing.Ya Allah berani betul dia..semua mata tertumpu kat Edel.Bayangkan 5 ekor naga , dia dak kecit sorang2 kat celah tu.Takde sape yang suruh , selambe je dia.Disebabkan tekejut dengan tindakan drastik Edel tu , aku xsempat nak snap pic cun2 time ni.Tapi ramai org lain snap aksi Edel ni.Aku xkenal la pulak.Mungkin tetamu tuan rumah.Ohoiii Edel, Mummy pun x seberani Edel tau!




selambe je sandar kat muntot singa

Kalau boleh nak bawa balik kepala naga tu ye Edel..
Lepas tengok lion dance kami dijamu nasi lemak dan satay.Untunglah Epul kawan Adi ikut sekali dapat angpow juga..Bleh lah belanja kitorang pasni ye Pul..

Bersama Uncle Leong & isteri tokey kedai bunga-barangan perkahwinan.
Mama bersama tuan rumah.

Muka puas selepas beraya.

2 comments:

  1. Salam....
    hah...dah siap ko ye belog kan? cun header...hehe akue pon suke header besau2. tp xde kesempatan nak mgedit bagai. ingat tahun baru ni nak berwajah baru. tp belom bjaya nak megedit. rerajin la berbelogin n menegapdit new post k? hehe

    ReplyDelete
  2. wsalam..tq sayam..masih dalam proses merenovate lagi beb..poning mak..lembs sikit lah..huhu..tq bg komen..muah!

    ReplyDelete