Lily ni kawan baik aku sejak sekolah agama masa tingkatan dua dulu .
Kami rapat sampai sekarang .
Umairah anak pertama Lily dari 3 beradik . Aku sayang Umairah macam anak aku juga . Sampai anak aku pun kadang-kadang ada iras Umairah.
Dulu masa belum ade Edel , aku gomol Umairah selalu . Sekarang dah tak lah , dia dah besar , dah 5 tahun . Lagipun dah ada Edel , aku gomol Edel lah .
Berbalik kepada cerita cemas tadi . Lily call aku bagitahu Umairah terjerut lehernya dengan tudung ! Muka Umairah biru kehijauan , biir pucat lesi , tumbuh bintik - bintik merah .
Aku menjerit "HAAAAA!!!!!!! " Airmata aku laju dengar cerita Lily .
Ceritanya begini ,
Umairah sekolah tadika kat Sek Islam Tmn Tun Dr.Ismail .
Selepas makan kat sekolah pagi tadi , anak-anak semua bermain kat padang permainan . Kat padang tu ade sejenis mainan pusing-pusing .. aku rasa macam ni kot ..
Sebab Lily kata benda alah tu macam zaman dedolu punya , Umairah atas tu , kawan-kawan dia duk pusing , tah macammane tudung Umairah tersangkut lalu menjerut leher Umairah macam kesan orang kena ragut rantai tu Lily kata. Mujur , ustazah dia yang bertugas melihat kanak-kanak bermain tu ternampak cepat-cepat rangkul Umairah yang dah lembik , Ustazah tu terus koyakkan tudung Umairah , Umairah pengsan sekejap , kemudian sedar semula lalu menangis dan kelihatan fobia sangat-sangat . Pihak sekolah terus hantar Umairah ke klinik .Masa tulah mereka hubungi ayah Umairah .
Lily masa tu terus menuju ke klinik tempat Umairah sedang dirawat . Tak dapat aku bayangkan perasaan Lily sebab Ustazah pun tak beritahu dengan terperinci Umairah kenapa sebenarnya , tanya Umarah jatuh ke ? Bukan . Luka ke ? Tak .
Bila sampai klinik Umairah masih lagi dalam bilik rawatan , bagai nak gugur jantung Lily.
Setelah diperiksa Umairah tak ape-ape. SYUKUR .
Tapi , masih perlu dirujuk ke hospital , Lily bawa anaknya ke DSMC . Hasil pemeriksaan ok . Umairah tak ape-ape .
Doktor suggest Umairah admit sehari , tapi Lily menolak . Biar Umairah balik dulu , sebab dah periksa kata ok kan.. kalau ada ape-ape Lily akan terus bawa Umairah ke hospital.
sampai ke malam Umairah masih trauma . Dia diam. Kalau ditanya dia membisu seolah-olah taknak ingat kejadian ngeri tu , luse Umairah ada sukan sekolah , naik bas . Umairah suka naik bas . Cikgu Umairah suruh Umairah cuti je sampai pulih . Tapi Umairah taknak , Umairah kata kat ibu dia
" kakak nak pegi sekolah , kakak nak sukan , kakak nak naik bas "
Ok lah akhirnya ibu mengalah , ibu kata esok tak payah pergi sekolah , tapi hari sukan nanti ibu hantar kakak .
Umairah tetap dengan jawapan Umairah " kakak nak naik bas ! "
Comel sangat Umairah .
Mujurlah umur Umairah panjang . Aku tanya , mana ustazah dia masa Umairah terjerut?
Ustazah dia toleh belakang sekejap je , sebab dahaga sangat-sangat .
Malang betul-betul tak berbau .
Betapa anak-anak kecil sangat perlu perhatian . Perlu diperhatikan .
Sesaat pun kita terlepas pandang boleh jadi macam-macam perkara yang tak dingini .
Kesian Lily , tak lalu makan seharian , sampai menggigil dia lapar , dahlah dia bagi full breastfeed pada adik bongsu Umairah usia 3bulan . Semoga Lily & Umairah cepat-cepat pulih dari trauma ye.
Kat bawah ni aku tunjuk gambar Umairah . Dia sangat comel . Edel panggil dia Kak Wah dulu .. sekarang sudah impove sikit Kak Umelah. .
Beautiful Umairah. |
Masa ni kitorang bercuti kat Cameron. |
Macam adik beradik kan ? |
p/s : aku seriau dengar cerita ni & yakin semua ibubapa pun seriau kalau hadap kes macam ni.
eikk bahaya nyeeee!!!
ReplyDeletememang pun .. kalau lambat sikit ape jadi ?
Deletemane cikgu dorang ni ?