Hari ni tertunailah hasrat Edel nak ke Zoo Negara yang diidam-idamkan sangat tu..
Since lastweek dia duk ajak pegi zoo.Sanggup tu pilih zoo daripada 'dedek' setiap kali disuruh pilih.
Kalau dedek x dapat pegi zoo tau , dia pun pelan-pelan stop dedek.
Ikutkan hati memang malas nak pegi zoo ni sebab masa Edel umur setahun dah pernah bawa dia , dan dia dah sekolah maybe nanti sekolah dia ade rombongan bawa ke zoo kan..tapi disebabkan macam dia teringin sangat-sangat pegi zoo ni makanya kitorang pun bawa jelah.
Kami pergi dengan nenek Edel sekali..Zoo Negara ni sebenarnya dekat sangat dengan rumah nenek Edel.Lalu lalang selalu tu yang membuatkan Edel makin kepingin tu.
Harga tiket adalah seperti berikut :-
Sila bawa Mykad anda ya kalau nak pergi Zoo Negara ni..sebab rate pemegang Mykad berbeza jimat Rm10.Penjaga kaunter tiket tu memang minta kita tunjuk Mykad.
Total tiket kami adalah Rm 66 ( 3 dewasa & 1 kanak-kanak ).
Sampai je masa tu jam 2:30 pm terus pergi ke Show Amphitheare tempat pertunjukan
Masa pertunjukan setiap hari adalah pada pukul 11:00 am & 3:00 pm ( 3:30 pm Jumaat ).
Ramainye umat dah memenuhi tempat duduk yang disediakan.Kami dapat duduk kat depan sekali.
Kagum memang kagum tengok haiwan-haiwan yang faham bahasa ni.Edel kemain suke siap tepuk tangan beria tengok persembahan haiwan.
Ada singa laut , burung & beberapa haiwan lain yang aku dah lupa namanya membuat pertunjukan.
Okey jom layan gambar..
Edel dengan Nenek depan tram ZOO 8 |
aiyakkk lu geli meh , apa busat muke lu itu macam ?kehkehkeh |
Masa tengok show ni , ada seekor burung yang bernama Chico , collect derma untuk Zoo Negaralah.
Ramai yang cuba memberi sumbangan sampai letih burung tu terbang ulang alik collect duit (eh letih ke ko burung?)
Caranya kena pegang duit , unjuk ke kanan macam dalam gambar di atas.Haaaaa banyak juga collection dia dapat ye , berebut-rebut orang nak beri sumbangan ..ececece..nak bergambo senanye kan? gurau je.. sama je nak derma sambil tambah pengalaman burung hinggap ambil duit dari tgn kita..bukan selalu dapat peluang macam ni kan ? kan? Makanya Nenek Edel & Edel tidak lepaskan peluang ini wink wink..
Harap-harap donation ni dapatlah membantu serba sedikit untuk buat pape patut menceriakan Zoo Negara lagi.
Yang penting nak tgk giraffe & elephant Edel..umang aii besoo Subhanallah..walaupun dah byk kali tgk aku still kagom.Masa ni adelah family lain ni duk hulur-hulur kacang & rerumput kasi gajah ni , kena sound dengan penjaga gajah.Kalau nak bagi makanan boleh bagi batang tebu yang dijual Rm3.
Papa Edel & Edel pegi beli sekejap dan Papa Edel ceritakan dialog ni :-
Papa Edel : Dia ( gajah ) makan tebu ni macam tu je ke?
Penjaga gajah: Ye , makan begitu je.
Papa Edel : Oh nanti dia berak keluar berseratlah ?
Penjaga gajah : Ye macam tu , dia keluar jadi macam tu (sambil tunjuk beberapa najis gajah sekitarnya)
Edel : Dia(gajah) tak pegi toilet ke?
Penjaga gajah: Mane ade toilet besar untuk gajah dik
Edel : Ohhhh tak muat ek ?
Kelakar ok.Papa ceritakan pun Mummy dah rase nak picit-picit je Edel.Bagus sayang , ade sikap ingin tahu & tak malu bertanya.Hehehe sengeh-sengeh Mummy taip ni nak..
Lepas tu Papa nak bawak Edel tgk Camel.Jauh tempatnya , Mummy & nenek dah tak larat nak jalan jejauh dengan nak terinshing , so Papa Edel bawak Edel cari camel , Mummy & nenek cari toilet.
Bila bertemu semula di Photo Booth - nenek beli pict yang di snap oleh photog Zoo bersama burung kakak tua Rm35 untuk gambar golap siap ade grafik2 ok lar..(aku snap curi2 lagi santek! hahaha ) Edel dah pun lena.
Layan gambar lagi..
Edel kena gigit nyamuk masa ni..tapi sempat posing.. |
Tewas akhirnya. |
No comments:
Post a Comment