Monday, 26 March 2012

Mimpi ikan banyak

Salam ,
Entry lepas yang ku tulis pada 15Mac Mimpi duit banyak tu last sekali cerita dalam entry tu Papa Edel mimpi ikan banyak kan..Selepas entry tu ditulis , Papa Edel dapat tau yang kenalannya meninggal dunia.Arwah ni sudah lama meayau-rayau sendiri akibat sakit mental.Dengar cerita arwah mati dilanggar ketika merayau-rayau..
Al-Fatihah.

Dan semalam Papa Edel bagitau yang dia mimpi lagi , ikan yang banyak.Tapi dapat udang yang banyak..
hmmmmm.mulalah aku seriau..harap-harap takde ape lah...

Tuesday, 20 March 2012

Malam Gala Amal Kaseh Bersama Hetty Koes Endang | Sensasi Selebriti

Malam Gala Amal Kaseh Bersama Hetty Koes Endang ini adalah majlis amal untuk membantu beberapa badan/persatuan kebajikan & kurang upaya.Penganjur majlis ini iaitu Hajah Amizan Hamid merupakan kawan baik mama ku.Sudah semestinya insyaAllah kami sekeluarga akan menghadiri majlis ini nanti.
Tarikh : 25 Mac 2012 [ Ahad ]
Tempat : Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur Jalan Conlay
Jam : 7.30 malam 

Untuk details sila klik ---->Malam Gala Amal Kaseh Bersama Hetty Koes Endang | Sensasi Selebriti
Sesiapa yang ingin turut serta bolehlah berhubung dengan saya atau mama saya di talian 019-3414 011 (Latifah Ab Rahman ).

Thursday, 15 March 2012

Mimpi duit banyak

Seperti entry yang lepas berkenaan mimpi Papa Edel , ada lagi mimpi-mimpinya.
Bulan Feb 2012 Papa Edel mimpi duit banyak.Dalam bulan tu adalah 2x dia mimpi.
Macam biasa setiap kali dia mimpi , aku hmmmmm kan aje.Dalam hati tu sedikit terdetik "siapa pula kali ni"
Masa berlalu , hampir 2minggu selepas mimpi tu , kami dapat call dari Dila ( adik Papa Edel ) mengatakan bapa mertua Kak Ayue meninggal dunia. 
Bila dapat je berita tu , Papa Edel pun cakap kat Mummy , " ingat tak hari tu abang mimpi ? "
Ye ingat bang..lebih kurang 2minggu lepas.
Tapi abang mimpi 2x.
2 hari selepas tu , Papa Edel dapat berita kematian lagi . Kali ni kawan lamanya , dengar khabar kemalangan & koma seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Innalillah hi wainna illa hi rajiunn..
Al Fatihah
Minggu ni Papa Edel mimpi ikan pula , kali ni dalam mimpi tu dia memancing dengan Mama , cikgu sekolah & kawan sekolah dia di suatu tempat yang dia tahu sekitar UPM.
Wallahualam.


Zoo Negara | Tunaikan hajat Edel

Hai ,
Hari ni tertunailah hasrat Edel nak ke Zoo Negara yang diidam-idamkan sangat tu..
Since lastweek dia duk ajak pegi zoo.Sanggup tu pilih zoo daripada 'dedek' setiap kali disuruh pilih.
Kalau dedek x dapat pegi zoo tau , dia pun pelan-pelan stop dedek.
Ikutkan hati memang malas nak pegi zoo ni sebab masa Edel umur setahun dah pernah bawa dia , dan dia dah sekolah maybe nanti sekolah dia ade rombongan bawa ke zoo kan..tapi disebabkan macam dia teringin sangat-sangat pegi zoo ni makanya kitorang pun bawa jelah.
Kami pergi dengan nenek Edel sekali..Zoo Negara ni sebenarnya dekat sangat dengan rumah nenek Edel.Lalu lalang selalu tu yang membuatkan Edel makin kepingin tu.
Harga tiket adalah seperti berikut :-




Sila bawa Mykad anda ya kalau nak pergi Zoo Negara ni..sebab rate pemegang Mykad berbeza jimat Rm10.Penjaga kaunter tiket tu memang minta kita tunjuk Mykad.
Total tiket kami adalah Rm 66 ( 3 dewasa & 1 kanak-kanak ).


Sampai je masa tu jam 2:30 pm terus pergi ke Show Amphitheare tempat pertunjukan sarkis haiwan superstar Zoo Negara.Dalam perjalanan tu dapatlah klik-klik pict haiwan-haiwan. Edel mengantuk time tu , tapi tahan je matanya..almaklumlah memang time tidur dia perut kenyang baru pas lunch lak tu.Kita tengok sampai bila dia boleh bertahan..hehe..
Masa pertunjukan setiap hari adalah pada pukul 11:00 am & 3:00 pm ( 3:30 pm Jumaat ).
Ramainye umat dah memenuhi tempat duduk yang disediakan.Kami dapat duduk kat depan sekali.
Kagum memang kagum tengok haiwan-haiwan yang faham bahasa ni.Edel kemain suke siap tepuk tangan beria tengok persembahan haiwan.
Ada singa laut , burung & beberapa haiwan lain yang aku dah lupa namanya membuat pertunjukan.
Okey jom layan gambar..
Edel dengan Nenek depan tram ZOO 8




  
aiyakkk lu geli meh , apa busat muke lu itu macam ?kehkehkeh


Masa tengok show ni , ada seekor burung yang bernama Chico , collect derma untuk Zoo Negaralah.
Ramai yang cuba memberi sumbangan sampai letih burung tu terbang ulang alik collect duit (eh letih ke ko burung?)
Caranya kena pegang duit , unjuk ke kanan macam dalam gambar di atas.Haaaaa banyak juga collection dia dapat ye , berebut-rebut orang nak beri sumbangan ..ececece..nak bergambo senanye kan? gurau je.. sama je nak derma sambil tambah pengalaman burung hinggap ambil duit dari tgn kita..bukan selalu dapat peluang macam ni kan ? kan? Makanya Nenek Edel & Edel tidak lepaskan peluang ini wink wink..
Harap-harap donation ni dapatlah membantu serba sedikit untuk buat pape patut menceriakan Zoo Negara lagi.

              Yang penting nak tgk giraffe & elephant Edel..umang aii besoo Subhanallah..walaupun dah byk kali tgk aku still kagom.Masa ni adelah family lain ni duk hulur-hulur kacang & rerumput kasi gajah ni , kena sound dengan penjaga gajah.Kalau nak bagi makanan boleh bagi batang tebu yang dijual Rm3.
Papa Edel & Edel pegi beli sekejap dan Papa Edel ceritakan dialog ni :-

Papa Edel       : Dia ( gajah ) makan tebu ni macam tu je ke?
Penjaga gajah: Ye , makan begitu je.
Papa Edel       : Oh nanti dia berak keluar berseratlah ?
Penjaga gajah : Ye macam tu , dia keluar jadi macam tu (sambil tunjuk beberapa najis gajah sekitarnya)
Edel         : Dia(gajah) tak pegi toilet ke?
Penjaga gajah: Mane ade toilet besar untuk gajah dik
Edel                : Ohhhh tak muat ek ?

Kelakar ok.Papa ceritakan pun Mummy dah rase nak picit-picit je Edel.Bagus sayang , ade sikap ingin tahu & tak malu bertanya.Hehehe sengeh-sengeh Mummy taip ni nak..

Lepas tu Papa nak bawak Edel tgk Camel.Jauh tempatnya , Mummy & nenek dah tak larat nak jalan jejauh dengan nak terinshing , so Papa Edel bawak Edel cari camel , Mummy & nenek cari toilet.
Bila bertemu semula di Photo Booth - nenek beli pict yang di snap oleh photog Zoo bersama burung kakak tua Rm35 untuk gambar golap siap ade grafik2 ok lar..(aku snap curi2 lagi santek! hahaha ) Edel dah pun lena.
Layan gambar lagi..
Edel kena gigit nyamuk masa ni..tapi sempat posing..
Tewas akhirnya.


Nyawa.


p/s : Dulu pegi Zoo Negara map nya free kot , kali ni kalau nak map tu Rm3 kena bayo.Terus Papa Edel tak jadi mintak map tu, jalan kaki baca je papan tanda tunjuk arah .Senang..Sambil exercise.kuikuikui




Rasa nak tercabuit kaki kali ni , sebabnya pakai kasot ketat.Hahaha sape suruh kan? Hadaplah sakitnya sampai sekarang ( waktu entry ini ditaip) uhuhhuhu..Lepas tu sambung pulak pegi Ikea neman nenek Edel menyoping untuk kedai kat Johor.Layann..tapi takde gambo sebab dah penat dah .Harap Edel happy & puas hati .Kalau Edel rajin sekolah , tak nakal , dengar cakap , jadi good girl , Mummy & Papa akan sedaya upaya membahagiakan Edel ok sayang. Muahhhhh.






luvlylien










































































































Wednesday, 7 March 2012

Edel's language

Alhamdulillah Edel ni tak berapa pelat , agak jelas apa yang dia cakap .. ade sikit-sikit je kantoi..tapi senang lenturlah lidahnya. Dulu- dulu antara perkataan awal dia pandai sebut selain ,
mami
papa
nenek
atok
tok abah
su (pak usu)

dia ada nyanyi satu lagu ni..
"cita cita cicita.." nada mcm bunyik lagu Abcdefg...
kitorang satu family tak dapat tangkap apelah lagu dia nyanyi ni..masa ni memang masih pelat, baru-baru nak belajo becakap.. dalam umur 1thn lebih sikitlah..
dekat sebulan jugak dia nyanyi..
hahaha.. selalunya ape dia cakap aku sebagai ibu yang berkepit 24/7 dengan dia memang dapat tangkap lah ape dia sebut. Tapi yang ni.......hmmmmm.
Akhirnya pada suatu hari.. tengah main-main belajar gambar kat buku kecik dia tu tunjuk gambar je dia sebutlah ni ape tu ape.. ni car, tu ball sampai kat satu gambar ni dia sebut "CITA"..uiks.. sebelum ni dia sebut "tar" kalau tunjuk gambar tu..
rupa-rupanya STAR.. lagu yang dia nyanyi tu "twinkle-twinkle little star"..
Serius masa tu bergenang airmataku , baru Mummy tau.. Edel pun tersenyum buat muka puas hati lega Mummy dah tau akhirnya apa yang dia nyanyi tu..Cepat-cepat aku kepochi kat Papa Edel, nenek Edel & poksu Edel...Ape da.. sorang pun tak dapat tangkap lagu tu..hahahah..
Seronok tengok anak membesar depan mata ni tak terungkap dengan kata-kata.Kalau dia ada satu-satu pencapaian tu rasa berbunga-bunga je hati Mummy ni.. walaupun sekadar tau nyanyi lagu twinkle-twinkle dalam versi pelat.Itupun boleh buat Mummy tersengeh-sengeh sampai sekarang saat Mummy menaip entry ni..dah 2tahun kot peristiwa tu..
Sekarang Edel dah nak masuk 3tahun 3bulan.
Hadoii ini budak manyak munyik..Lagi-lagi dah sekolah ni, setiap hari ade je lagu baru , doa baru. Setiap kali balik sekolah dia mesti nak tunjuk apa dia belajar tu.Tadah je telinga dengar nyanyian bersungguh dia ye.
Jangan taktau dalam diam Mummy hafal dah doa yang Edel baca tu , doa yang Mummy tak hafal.Tq Edel!
Sekarang antara perkataan pelat dia adalah

cangcing > cacing
yoti > roti
jonkang jongkeng > jongkang jongket
inshing > kencing
fuap > suap
tikcer > teacher
susu tejuk > susu sejuk

Tak teruk sangatlah pelatnya.Sedap je Mummy dengar.Pelat-pelat sikitlah baru comel kan.
Dulu Edel sebut butterfly > ATETAI  pastu dah pandai sikit BATETAI.. sekali nenek dia cakap BATETAI dia bantai marah nenek dia " Bukanlah! Butterfly lah" Hahaha.. nenek plak kena marah , dia plak jadi cikgu..

kadang-kadang Mummy rasa Edel dah besar dah.. rindu kat Edel .. walaupun Edel ada kat sebelah Mummy ni tengah tidur.
Ok Mummy nak join edel tidur jugaklah.



Goodnite ~