Wednesday, 25 January 2012

Menulis & Menconteng dari petang sampai ke malam.

Balik sekolah hari ni Edel tolong nyibuk Papa dia angkat barang , selepas lunch ,layan dvd Dora then tidur. Bgn tidur ,makan limau & pulasan , pastu Edel mintak buku dengan pen. Biasalah dia nak menconteng.."TOLES" kata dia.Tapi ada sesuatu yang lain lah ...Mummy perasan hari ni cara Edel pegang pen dah lain. Dah betul ! Comel sungguh melihat jari kecil itu memegang pen.Kan bagus pergi sekolah , Edel dah boleh pegang pen / pensil dengan betul.Hari ni Edel tulis A-Z . Mummy buat huruf putus-putus , Edel sambung. Kadang Mummy sengaja tulis A-D je , Edel jerit-jerit nak bagitau Mummy Edel tulis sendiri huruf E!
Pastu Edel lukis pula macam-macam , sungai lah , angry bird lah , laut lah..Paling nampak real edel lukis wajah orang. Pandai Edel ! Bila Papa balik Edel paksa pula Papa lukis Smurf..Hihi,,Papa pun layan..Cantiknya Papa Edel lukis.Tapi Mummy cakap dalam hati je.Nanti Papa kembang susah plak.Muahaha..Papa Edel mmg pandai melukis kan , Edel macam pandai melukis jugak Mummy tgk.Tak macam Mummy tak reti lah nak melukis.Orang lidi Mummy pandailah.Takpe Mummy ok je if Edel minat nak melukis sebagai hobi.
Walau apepun hari ni Mummy bangga sebab Edel dah pandai pegang pen dengan betul!Sayanggggggg Edel!

No comments:

Post a Comment