Thursday 3 January 2013

1st day sekolah 2013 & Adelya sapu sampah

Assalamualaikum .
Hari ni Adelya start sekolah di Brainy Bunch Islamic Montesorri . Dia exited sangat . Walaupun uniform belum dapat sebab kehabisan saiz . Dia tetap bersemangat ! Cool je masuk skul , macam kakak2 sangat dah.
Lega hati takpayah runsing dia nangis ke apa. Memang seronoklah sebab masa cuti selepas pegi open day BBIM tu  dia dah berbunyik "kenapa Edel cuti lama2 ni?" .. kes tak menyabo nak sek baru .hahaha.

Malam , time aku menyapu Edel pun mcm biasa jd penyibuk . Selalu mmg aku tak bg kacau la. Hari ni nmpak je aku keluarkan penyapu , dia pun berhenti main ipad terus buat suara yg bisa mencairkan jiwa raga "mummy... boleh Edel tolong?'
hamboihhhhh kemain lembut .. mendayu2..
aku sapu buh setempat belum sapu abis ni ..
stop sekejap menyapu aku pi dapur sat.
Bila ke depan nak sambung menyapu.. uik???? da clear !
habuk2 terkumpul tu da dalam penyodok. Kagum tak? Haih anak dara .. umur 4tahun semangat kemain menyapu sampah . Rajin sampai bila2 tau sayang !
Sayang Edel !

Tuesday 1 January 2013

Tahun Baru 2013 & Perkembangan si manja - suka berkias

Assalamualaikum

Good bye 2012 .. Welcome 2013 .

Hari ni pi daftar sekolah baru Adelya . Tukar angin ke sekolah baru . Islamik juga . Adelya beria nak ke sekolah baru .
Hopefully dia rajin ke sekolah dan dapat belajar dengan cemerlang , Insya Allah .

Nak abadikan kat sini sesuatu tentang si manja ( manja la sebab dia sorang kennnn )
Anak sorang ni sangat pandai berkias . Contoh bila nakkan sesuatu , terutama dari orang selain Papa dan Ummi dia ( Ummi ?? ) iolss lettew ..

Contoh :-

Situasi 1

Adelya memang teringin nak makan donut big apple ( Adelya panggil "Donat  kat Low Yatt "sebab asal gi Law Yatt je beli donat tu ) tapi Ummi and Papa masa tu tak sempat belikan + tak pergi mane2 tempat yang ade jual donat .

Petang tu Busu Edel bawa Edel pi AEON jalan-jalan . Dorang pergi berdua sahaja .
Balik tu Edel pun riuh lah bagitau aku yang dia dah makan donatttttt.. busu belikannnnn.. three , three sambil tunjuk 3 jari .

Ok .

Adik ku pun cerita ,
Masa lalu je kedai Big Apple tu Edel pun bersuara mcm ni ..

" Dah lama Edel tak makan donat "

Syahdu ok . Kalau cakap , " Busu , Edel nak donat " kan senang ..haha kompem la adik aku belikan punya .

-
-
-
-

Situasi 2

Dalam kereta .
Nenek Edel ada bawa air soya tin . Keluarkan dari bag dan buh kat tempat letak air . Takde siapa usik . Takde siapa minum . Belum bukak lagi .

Edel dari seat belakang , pun bertanya *buat-buat tanya

" Air soya tu dah habis ke nenek ? "

dari direct mintak mcm ni  " Nenek , Edel nak air soya tu "

Tak tahu dari mana dia belajar berkias-kias ni .

Bila budak kecil berusia 3thn ++ pandai bercakap kias-kias ni , comel aku rasa . Poyo sgt ni . Hahaha. Macam nak tampo-tampo . Gerrramm . Geram pada anak sendiri adalah hak milik setiap insan (ibubapa) - flipshair .

Edel ,
Kaau suatu hari Edel terbaca ni , mesti Edel akan kata , oh poyo jugek Edel dari 3thn lebih kot . Ketawalah nak , sebab kami semua pun ketawa dgn telatah Edel yang ini . Hujung tahun ni umur Edel akan menginjak  ke 5 tahun . Sekejap masa berlalu . Ummi sayang Edel tau . Sayang sangat ! Tak tau nak cakap sayang tu camane . Harap Allah pinjamkan Edel lama-lama. Boleh kan ?

Ok tetiba syahdu sangat nih . Berjrai-jurai airmata sambil taip . Mak-mak mmg camni kot .

Wassalam .