Tuesday 22 May 2012

Trudy & Teddy's Tea Party

Assalamualaikum ..

Ahad lepas kitorang  join Tea Party Trudy & Teddy di butik pertama T&T di Pavillion KL.
Jemputan khas ini kami terima selepas entry / quote yang aku tulis antara 10 yang terpilih dalam contest yang dianjurkan T&T di FB TrudynTeddy .

Setiap pemenang mendapat cash voucher T&T bernilai RM300. Alhamdulillah. Rezeki untuk Edel.
Aku pergi bersama Edel , adikku & SIL - Dila. Papa Edel tak dapat joint .. huhu cedey..

Ok sampai-sampai g register dulu. Dapat batch , goodie bag & voucher.

Registration counter yang simple & sweet .


Kitorang sampai agak awal. Jadi agak lengang masa tu.. Lepas register photog yang bertugas snap-snap pict Edel. Edel plak taklah memberi kerjasama yang baik. Tiada pose gedik . Tiada senyum menawan . Tiada gaya supermodel cilik macam biasa . Sebab dia malu . Yelah .. dia bukan boleh orang terjah-terjah dia. Orang tak kenal lak tu . So , pict Edel biasa-biasa je . . .

Edel malu-malu . Senyum ketat . Gaya tak berapa hebat .

Masih malu-malu .

Dah ambil gambo kami dijemput untuk memilih baju dan ape-ape je yang dalam butik tu untuk Edel. Bayar guna voucher RM300 tu. Aku memang dah tau dah sebab pihak T&T dah emel detail. Mulalah aku rambang mata hidung telinga semua. Cantik-cantik tu ! Dan semestinya harganya sesuai dengan kualiti & rekaan yang tampak sgt ekslusif tu.. Sebelum masuk ke dalam butik .. ni pose yg  aku sempat snap.Busu kiss Edel . Sweet ! 

Edel & her uncle ^-^

Selepas tu terus je pilih gown untuk Edel. Pastu kasut , legging & aksesori rambut .  Tak lama pun pilih sebab terus ambil yang berkenan je. Sebenarnya banyak yang berkenan . Tapi takleh tamak kerana orang tamak selalu rugi. ^_^

Gown yang Edel pilih .

Friendly T&T's crew yang sedia assist Edel sedang test kasut.

Taraaaaa... Alhamdulillah .


Edel dah lengkap mengenakan busana Trudy & Teddy ..

Okey dengan RM300 tu kitorang dapat gown RM119 + Kasut kulit RM139 + legging hitam RM23 + cekak rambut RM33 . Total RM314 . Lagi RM14 tu tambah sendirilah ye.

Edel dah siap menyarungkan T&T . Sgt elegant . She is my beauty queen ... Cantik sangat dia menyarungkan T&T .

 Selepas tu xtvt bebas Scrapbooking - photoframe > T&T  berikan gambar Edel yang siap diprint & bahan-bahan untuk hias frame . Wah syok . Mummy & Edel buat together-gether . Fun woh .. Edel pun exited . Kreatif dia tampal-tampal..
Scrapbooking - Photoframe

really enjoyed doing this together .

Tekun nya Edel...Maksu Edel kat luar tu pun bagi idea untuk merias photoframe Edel .

Taraaa da siap . . . Eh temuknya aku . Eh taklah bangku tu yang tecik . :p
Selepas tu Handpainting . . sambil-sambil menjamu selera dengan hidangan yang disediakan .
 Sedap . Yummylicious . Aku asyik g ambil berkali-kali kat waiter tu .. ambil plak canapes yang sama je .. yang ade tuna tu.. mane taknye perut lapo ni , lum brunch lagi pun . Ambik plak tuk 4 orang .
Sampai waiter tu tegur ikhlas " i think u like Tuna .."   T_T 
Ni perli ke ape ni ?
Setelah malu di situ , aku menyerahkan tugas mengambil canapes bertubi-tubi tu kepada SIL aku plak. Ekekek.. Adik aku tu control hencem .. mane dia nak ambik sgt ..  Nasib baik SIL aku bersedia mengikut arahan dengan jayanya , tapi aku makan pun tak kunyang-kunyang. Wahaha.. *pang muke sendiri .

tempting + yummylicious .
Enjoy her strawberry jelly .

Ready for handpainting.


Beautiful Maksu with her Tuna Canapes .

Enterprem sejenak .

My brother .. makan nak , ambil taknak .Pffftttt.
Hensen ke ?

Ice lemon tea + strawberry jelly + muffin .

Busu suapkan Edel makan.
Almost done.
Hi .. I'm Panda .

Edel pilih gambar panda untuk dilukis kat tangan dia . Sempena nama panggilan Edel kepada mamaku - nenek Edel . Edel gelarkan mama nenek panda mase dia mula-mula pandai bercakap dulu . Kenapa ? Dia jawab eye nenek same panda , T_T . Imagine kuat betul Edel ni .

Sambil-sambil tunggu untuk Babies Fashion Parade yang Edel terlibat , Edel sibuk ar tiup-tiup handpainting dia kasi kering . Masa tu dah ramai dah guest & winner yang sampai termasuk T&T little ambassador yang kiut sangat-sangat tu . Semuanya yang rambut blond & mata biru . Ade kembar jugak ! Geram ! Rasa nak picit-picit . Subhanallah .

Dengan salah seorang pemenag contest . Kiut . Tapi dia agak badmood taknak bergambar dengan Edel.Tsskk..

Gaya seorang model ( 3y5m2d )

Aksi tiup handpainting kasi kering .

Tiup lagi..

Salah seorang T&T.
Twin . Duta cilik T&T juga .Cerdik sangat , bila nampak lensa kamera je , dua-dua akan toleh . Kagum makcik .

Nampak tak ? Pandai kan dorang pandang kamera .

Kakak duta T&T ni suka nak berkawan dengan Edel .. Edel pun suka gak .

Entah berapa gelas aku minum ni . Sedap & dahaga pun ye .

Tunjuklah kepandaian main Ipad dia tu kunun..

Edel dah mula boring sebab dia dah ngantuk . Siap ajak balik selepas main ipad pun da boring . Crew T&T yang entertaining & friendly pun beritahu suruh get ready untuk fashion parade , Edel dipakaikan batch bertulis nama Adelya bernombor 6 . Mintak - mintak Edel bertahan untuk acara kemuncak ini. Bukan selalu dapat peluang macam best macam ni . Pengalaman pertama Edel catwalk .
Kitorang start beratur mengikut nombor yang diberi.

Dah pakai batch #6

Dengan peserta #4 Jia Rye - sebutan Ja Ri

Dah start fashion parade . Baby #1

Yang badmood tadi .. kiut kan ?
Edel's turn .

Nice pose sayang , tapi tak cenyum ..

Eceh ..
Pose yang kitorang plan sebelum turn Edel sampai .

Muke malu-malu .

Dah kena dukung pfftttt.

Baby Lewis .. smart & handsome boy .

#10 Audrey

Setelah selesai kitorang catwalk ala-ala tu .. tibalah masanya duta T&T catwalk pulak . Masa ni kitorang diarahkan stay tuned untuk keputusan Best Dressed of The Day & group photo. Edel mintak dukung . Dia dah lembik sangat dah . Siap terlelap plak atas bahu aku . Dia terlelap je , aku goyang-goyang dia , tunggu sekejap je sayang .. lepas group foto boleh tido kat bahu Busu ye . Dia buka juga mata sampai ke sudah . Hehe . Goodgirl !

One of Trudy & Teddy Little Ambessador.

peace 3 .. yooow

Edel terlelap .

Kejut Edel .. Please jangan terlelap dulu ..

Comel sangat !

picit pipi boleh ?

Julian tak silap nama duta T&T ni .. tengok Edel dah landing kat bahu ...

Salah seorang kembar .

Group Photo _ Edel dah monyok .. ngantuk sangat dah .. sian dia ..

#4 , #6 , #10 ~  3 adorable kids
Best Dress of The Day - Baby #10 Audrey.. *clap-clap*..Congratulations ^_^

Pemenang Best Dressed of The Day jatuh kepada Baby #10 Audrey . Congrats sweet baby . Dia kelihatan happy je & sentiasa mengikut gaya yang diarahkan ibunya . Hadiahnya adalah Photo Frame yang gojes itu. .

THANK YOU Trudy & Teddy for invited us to joint this memorable party . We really had fun & enjoy the party .

Thanks to my brother jugaklah sebab temankan Edel & Mummy since Papa Edel outstation , tolong jadi photog & tak lupa my SIL - Dila .. Maksu Edel temankan kitorang . Lefiuu.. hehe.

Kalau korang nak dapatkan koleksi T&T boleh terus kat butik T&T di Pavilion KL .. Level 5 berdekatan entrance Parkson . Mesti teruja nya tengok dekorasi butik yang sejupp mata memandang .. rase gula-gula mata bila tengok kolesi yang cantik-cantik yang selesa untuk anak-anak . Selain Pavilion , T&T boleh didapati di Parkson ,  AEON Jusco , Sogo & Isetan . Sekarang ada sale .. Up to 50% .
Tunggu apa lagi. Ayuh kita shopping baju raya untuk anak-anak di Trudy & Teddy.

^_________________^


Luvlylien